fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Mulai 14 Disember 2020, Individu Yang Memasuki Sarawak Hanya Dikuarantin Selama 10 Hari Di Pusat Kuarantin

Kedung BK Oleh Kedung BK
14 Disember 2020
Mulai 14 Disember 2020, Individu Yang Memasuki Sarawak Hanya Dikuarantin Selama 10 Hari Di Pusat Kuarantin
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut kenyataan media terkini dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)

Mulai 14 Disember 2020, Individu Yang Memasuki Sarawak Hanya Dikuarantin Selama 10 Hari Di Pusat Kuarantin. Terkini, JPBNS telah mengumumkan melalui kenyataan media terbaharu bahawa individu yang memasuki Sarawak hanya akan dikuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin.

Mulai 14 Disember 2020, Individu Yang Memasuki Sarawak Hanya Dikuarantin Selama 10 Hari Di Pusat Kuarantin

Tatacara kemasukkan ke Sarawak terbaharu

Menurut kenyataan media JPBNS, untuk rakyat Sarawak yang kembali dari luar negara:

  • Wajib menjalani kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin
  • Ujian rt-PCR akan diambil pada hari ke-2 dan ke-8
  • Sekiranya keputusan ujian pada hari ke-8 adalah negatif, mereka akan dilepaskan pada hari ke-10 untuk menyambung kuarantin di rumah sehingga hari ke-14
  • Gelang tangan akan dipasang

Bagi bukan rakyat Sarawak dan bukan warga Malaysia:

  • Kuarantin selama 10 hari
  • Dikehendaki mengambil ujian rt-PCR di pintu kemasukan
  • Keputusan terbabit hanya sah selama 3 HARI SEBELUM kemasukan ke Sarawak
  • Kuarantin di rumah sehingga hari ke ke-14
  • Gelang tangan akan dipasang

Bagi kemasukan ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah, dan Labuan:

ArtikelBerkaitan

Sarawak Pay Kini Dapat Digunakan Untuk Transaksi Pembayaran Antarabangsa

TERKINI: Sarawak Catat 361 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

  • Semua warganegara dan bukan negara yang memasuki Sarawak dari Sabah, Labuan dan Semenanjung Malaysia wajib menjalani kuarantin selama 10 hari di pusat kuarantin
  • Ujian rt-PCR akan diambil pada hari ke-2 dan ke-8
  • Sekiranya keputusan ujian pada hari ke-8 adalah negatif, mereka akan dilepaskan pada hari ke-10 untuk menyambung kuarantin di rumah sehingga hari ke-14
  • Gelang tangan akan dipasang

Bagi mereka yang masuk dari Sabah dan Labuan, mereka dikehendaki menjalani ujian rt-PCR 3 HARI SEBELUM kemasukan ke Sarawak.

Kemasukan tanpa sebab yang penting daripada bukan warga rakyat Sarawak dari Sabah dan Labuan masih tidak dibenarkan.

Kluster Green Hill diisytiharkan tamat

Tiada kes dilaporkan hari ini manakala Kluster Green Hill telah diisytiharkan tamat setelah tidak menerima laporan kes selama 28 hari dari tarikh kes terakhir dikesan. Satu-satunya kluster yang masih aktif di Kuching ialah Kluster Besi dengan kes positif kekal 12 kes termasuk kes indeks.

Kluster Green Hill diisytiharkan tamat hari ini. Kredit: FMT

Lagi di sini:

SUMBER : Sarawak Disaster Information
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy