• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bermula Esok

Oleh
Farisha
21 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Kerajaan Madani umum STR 2025, bantuan dinaikkan untuk rakyat

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bermula Esok. Berita baik buat rakyat Malaysia! Kementerian Kewangan (MoF) hari ini mengumumkan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan diagihkan secara berperingkat mulai esok.

Menurut kenyataan MoF, bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima berdaftar atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN), bergantung kepada kategori kelayakan STR masing-masing. Jadi, jangan lupa semak akaun bank anda atau kunjungi BSN untuk maklumat lanjut.

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bermula Esok
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bermula Esok. Gambar hiasan.

RM2.3 Bilion Untuk STR 2025

Tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM2.3 bilion untuk STR 2025, peningkatan ketara berbanding RM2.1 bilion tahun lalu. STR 2025 dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) 2025 dijangka memanfaatkan hampir sembilan juta penerima, bersamaan 60% daripada populasi dewasa di Malaysia.

Untuk tahun ini juga, kadar maksimum untuk isi rumah dinaikkan kepada RM4,600, peningkatan hampir 25% berbanding RM3,700 tahun lalu. Bagi kategori bujang, jumlah minimum turut meningkat kepada RM600 daripada RM500 sebelum ini, iaitu peningkatan sebanyak 20%.

Komitmen Kerajaan Madani

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, menyatakan bahawa penambahan peruntukan STR Fasa 1 ini menunjukkan komitmen kerajaan Madani dalam memperbaiki kebajikan rakyat meskipun kos sara hidup terus meningkat.

“Walaupun kenaikan kos sara hidup adalah fenomena global, kerajaan Madani berharap peningkatan bantuan STR dan Sara setiap tahun akan membantu rakyat mencapai kehidupan yang lebih baik,” kata beliau, menurut laporan media tempatan.

Permohonan Dibuka Sepanjang Tahun

Bagi mereka yang belum berdaftar dalam pangkalan data STR, permohonan baru boleh dibuat sepanjang tahun melalui portal rasmi STR di pautan https://bantuantunnai.hasil.gov.my. Pastikan anda hanya menggunakan pautan rasmi untuk mengelakkan daripada terjebak dengan pautan palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Jadi, kepada semua rakyat Malaysia, pastikan anda tidak terlepas peluang ini. Dengan bantuan STR dan Sara yang ditambah baik, kerajaan berharap beban kewangan rakyat dapat diringankan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Jangan lupa kongsikan berita ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai bantuan kerajaan Sarawak:

Bantuan SKAS Bakal Dikreditkan Ke Akaun SPay Global Mulai 18 Februari
Bantuan SARA Bakal Disalurkan Ke MyKad Setiap Bulan, Ini Panduan Semak Dan Cara Mohon
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan
Next Article Lebuh Raya 4 Lorong Hubungkan Serian-Gedong-Samarahan Bakal Dibina Mulai Februari 2025 Lebuh Raya 4 Lorong Hubungkan Serian-Gedong-Samarahan Bakal Dibina Mulai Februari 2025

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?