• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan

Oleh
Nazihah AN
21 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan

Johor Kini Nak Ikut Jejak Sarawak Dalam Industri Lada Hitam

Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan. Dalam usaha untuk memajukan industri lada hitam, Kerajaan Negeri Johor kini melihat Sarawak sebagai inspirasi utama.

Ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip, selepas pembentangan Belanjawan 2025 yang memperuntukkan RM500,000 untuk pembangunan lada hitam.

Mahu Ikut Jejak Sarawak, Johor Cadang Perkasa Industri Lada Hitam Tempatan
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Mstar

Kenapa Sarawak Jadi Contoh?

Menurut Zahari, Sarawak dipilih kerana kaedah penanaman lada hitam di negeri itu dijalankan secara individu, bukan oleh syarikat besar. Ini menjadikannya sesuai untuk dijadikan model bagi Johor yang mahu memulakan program penanaman lada hitam secara kecil-kecilan.

“Peruntukan RM500,000 akan digunakan untuk membangunkan 10 hektar tanah bagi penanaman lada hitam di Johor,” kata beliau ketika melawat Lembaga Lada Malaysia (MPB).

Setakat ini, Johor hanya mempunyai sekitar 20 hektar tanah yang digunakan untuk penanaman lada hitam, melibatkan kira-kira 100 orang petani. Walaupun begitu, hasil pengeluaran lada hitam negeri ini hanya mencapai 78 metrik tan setahun, jauh berbanding jumlah import sebanyak 3,000 tan setahun ke Semenanjung Malaysia.

Langkah Strategik Untuk Masa Depan

Ketua Pengarah MPB, Vincent Sawat, menyokong penuh inisiatif ini. Beliau menyatakan bahawa perbincangan pada 21 Januari itu akan menjadi input penting dalam merangka program di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ini sejajar dengan strategi MPB untuk memperkasakan industri lada di Malaysia. Vincent juga menegaskan bahawa sokongan MPB akan memastikan usaha ini memberikan impak positif kepada sektor lada hitam Johor.

Lawatan Ke Sarawak Untuk Dapatkan Ilmu

Sebagai sebahagian daripada program ini, Datuk Zahari turut melawat kilang pemprosesan dan bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D) MPB, selain melawat ladang lada di Kampung Rejoi, Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) dan Kampung Begu, Padawan.

“Ini peluang terbaik untuk Johor memulakan langkah dalam industri lada hitam,” ujar beliau dengan penuh optimis.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Caj Servis Restoran Naik 15% Sempena Tahun Baru Cina Undang Pelbagai Reaksi Netizen
SUMBER :Dayak Daily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Caj Servis Restoran Naik 15% Sempena Tahun Baru Cina Undang Pelbagai Reaksi Netizen
Next Article Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 Bermula Esok

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?