• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Bermula Esok

Oleh
Farisha
2 April 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Bantuan kewangan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Bermula Esok. Pembayaran fasa kedua Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bernilai antara RM100 hingga RM650 akan bermula esok (3 April).

Menurut laporan, Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa pembayaran itu akan disalurkan kepada penerima sedia ada dan pendaftar baharu dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan terus ke bank atau pengedaran tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, berdasarkan kategori kelayakan STR masing-masing.

MOF menyatakan bahawa bermula 2024, kerajaan persekutuan mengamalkan pendekatan baharu dengan membenarkan pendaftaran terbuka untuk STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai individu mendapat bantuan kerajaan.

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Bermula Esok
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Bermula Esok

“Oleh itu, bilangan penerima layak dijangka akan terus meningkat tahun ini, mengambil kira proses permohonan baharu dan kemaskini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini,” kata MOF menurut sumber.

Jika tidak dapat, perlu buat permohonan untuk layak STR

MOF menjelaskan jika nama pemohon tidak terdapat dalam pangkalan data STR, mereka perlu mengemukakan permohonan untuk menjalani proses pengesahan kelayakan STR.

Tambahan pula, kerajaan persekutuan meningkatkan peruntukan program subsidi bersasaran STR Fasa 2 sebanyak 20 peratus, berjumlah RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion tahun lalu.

Peningkatan ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menampung kos sara hidup yang meningkat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa reformasi ekonomi di bawah kepimpinan kerajaan Madani bukan sahaja untuk membetulkan struktur kewangan negara tetapi juga didorong oleh niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara diagihkan secara lebih saksama kepada rakyat.

Tambah lagi bantuan tunai kepada rakyat

“Insya-Allah, kerajaan akan menambah lagi bantuan tunai kepada rakyat selaras dengan penambahbaikan keadaan fiskal negara, termasuk melaksanakan subsidi bersasaran untuk mereka yang benar-benar memerlukannya,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Status kelayakan bantuan dan soalan lazim boleh didapati di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

MOF juga mengingatkan penerima bantuan agar berwaspada terhadap pautan tidak rasmi dari pihak tidak bertanggungjawab yang meminta maklumat berkaitan program STR.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah Terima Bantuan Khas RM500 Sempena Hari Raya
Pelajar IPT Kini Layak Mohon Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM 200
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan Lagi Kes Buli, Dua Pelajar Tingkatan 1 Terima Ugutan Bunuh Di Sandakan
Next Article Curi Bahan Kek Untuk Hari Raya, Wanita Dipenjara 1 Bulan Dan Denda RM1.8K Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?