• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayi 8 Bulan Cedera Dipercayai Digigit, Pengasuh Dan Pemilik Taska Di Kuching Ditahan

Oleh
Farisha
9 Januari 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Siapa Harus Dipertanggungjawabkan?

Bayi 8 Bulan Cedera Dipercayai Digigit, Pengasuh Dan Pemilik Taska Di Kuching Ditahan. Kisah yang menyayat hati ini telah mencetuskan kemarahan ramai netizen. Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dilaporkan mengalami lebam dan kesan gigitan di tubuh badannya selepas dipercayai digigit oleh kanak-kanak lain di sebuah taska di Kuching, Selasa lalu.

Menurut hantaran di Facebook oleh Kevin Chang, bayi itu adalah anak kepada rakannya. Kevin mendakwa bayi tersebut mengalami kecederaan serius yang disyaki berpunca daripada gigitan kanak-kanak lain berusia dua tahun.

Bayi 8 Bulan Cedera Dipercayai Digigit, Pengasuh Dan Pemilik Taska Di Kuching Ditahan
Bayi 8 Bulan Cedera Dipercayai Digigit, Pengasuh Dan Pemilik Taska Di Kuching Ditahan. Sumber foto: Kelvin Chang

Namun, apa yang lebih mengecewakan ialah pihak taska hanya memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa tanpa mengambil tindakan lanjut.

Pemilik taska dilaporkan memberitahu bahawa pengasuh tidak menyedari insiden itu kerana bayi tersebut tidak menangis. Penjelasan ini jelas menimbulkan kemarahan ramai, yang mempersoalkan tahap keselamatan dan pengawasan di premis tersebut.

Netizen naik angin

Hantaran itu segera menarik perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen mengecam pengurusan taska dan mempertikaikan bagaimana kejadian seperti ini boleh berlaku tanpa disedari oleh pengasuh.

Yang lain pula menyuarakan kebimbangan tentang keselamatan anak-anak kecil di taska tersebut. Ada juga yang meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya insiden serupa tidak berulang.

Polis tahan pemilik dan pengasuh Taska

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz, mengesahkan kejadian ini. Laporan polis telah dibuat oleh ibu bayi terbabit pada Selasa malam, sekitar pukul 9.30.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiga wanita, termasuk pemilik dan penjaga taska, ditahan pada Rabu petang untuk membantu siasatan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001, yang melibatkan kesalahan penderaan atau pengabaian kanak-kanak.

“Siasatan masih dijalankan untuk mendapatkan gambaran penuh tentang kejadian ini,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.

Apa Kesudahannya?

Kes ini bukan sahaja membuka mata tentang isu pengawasan kanak-kanak di taska tetapi juga menimbulkan persoalan tentang tanggungjawab pihak pengasuh.

Sebagai ibu bapa, kita hanya mampu berharap agar insiden seperti ini menjadi peringatan kepada semua pihak – pengasuh, pemilik taska, dan masyarakat umum – bahawa keselamatan anak-anak adalah prioriti nombor satu.

Adakah anda mempunyai pengalaman yang sama atau pandangan tentang isu ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai kes-kes yang menyayat hati di taksa:

Tendang, Lempang Dan Tarik Rambut Budak 4 Tahun, Pengasuh Taska Kini Ditahan
Seksa Dua Bayi, Pengasuh Taska Dah Kena Cekup
SUMBER :FacebookMajoriti
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 21 Ways Film Akan Hasilkan Filem Pertama Di Gua Niah Sarawak
Next Article Misteri Ratusan Ikan Mati Terapung Di 2 Sungai Kota Kinabalu, Punca Masih Jadi Teka-Teki

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?