• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Misteri Ratusan Ikan Mati Terapung Di 2 Sungai Kota Kinabalu, Punca Masih Jadi Teka-Teki

Oleh
Nazihah AN
9 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Ratusan Ikan Mati Terapung di Sungai Sembulan dan Karamunsing: Apa Sebenarnya Berlaku?

Misteri Ratusan Ikan Mati Terapung Di 2 Sungai Kota Kinabalu, Punca Masih Jadi Teka-Teki. Ratusan ikan ditemui mati terapung di dua sungai utama di bandar ini sejak awal pagi Khamis (9 Januari), mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Saksi melaporkan bahawa mereka mula melihat kejadian ini sekitar jam 8 pagi di Sungai Sembulan dan Sungai Karamunsing. Namun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi atau tindakan susulan daripada pihak berkuasa.

Misteri Ratusan Ikan Mati Terapung Di 2 Sungai Kota Kinabalu, Punca Masih Jadi Teka-Teki
Misteri Ratusan Ikan Mati Terapung Di 2 Sungai Kota Kinabalu, Punca Masih Jadi Teka-Teki. Sumber foto: The Star

Penyebab Masih Menjadi Misteri

Setakat ini, tidak diketahui sama ada Jabatan Perikanan Sabah telah memulakan siasatan mengenai kematian ikan yang misteri ini. Menurut laporan, The Star telah menghubungi pengarah jabatan tersebut untuk mendapatkan komen, tetapi belum menerima maklum balas.

Dalam insiden serupa sebelum ini, kejadian kematian ikan secara besar-besaran sering dikaitkan dengan fenomena “harmful algal blooms” (HAB) atau letusan alga berbahaya.

Apakah Itu Harmful Algal Blooms?

HAB berlaku apabila alga, terutamanya jenis cyanobacteria atau lebih dikenali sebagai alga biru-hijau, berkembang biak secara tidak terkawal dalam air. Fenomena ini biasanya berlaku di tasik, empangan, sungai, kolam, teluk, dan perairan pesisir. Alga ini menghasilkan toksin yang bukan sahaja membahayakan hidupan akuatik, tetapi juga memberi risiko kepada kesihatan manusia.

Antara faktor yang menyumbang kepada berlakunya HAB termasuk pencemaran air, peningkatan suhu, dan lebihan nutrien seperti nitrogen dan fosforus yang sering berpunca daripada aktiviti manusia.

Adakah ini petanda awal pencemaran yang lebih serius, atau sekadar fenomena semula jadi? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak berwajib.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai mati mengejut disebabkan ikan buntal:

18 Kematian Direkodkan, KKM ‘Haramkan’ Penjualan Ikan Buntal Di Pasaran Serta Merta
SUMBER :The Star
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bayi 8 Bulan Cedera Dipercayai Digigit, Pengasuh Dan Pemilik Taska Di Kuching Ditahan
Next Article JPJ Lancar Ops Cahaya Seluruh Sarawak, Pemilik Kenderaan Cermin Gelap Berisiko Didenda

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?