Datuk enggan pelihara bayi dibuang dalam bekas simpan ikan
**Ralat: Maklumat asal yang dipetik daripada The Star dan Majoriti mengenai pencarian keluarga angkat untuk bayi ini adalah TIDAK SAHIH. Berdasarkan emel yang diterima daripada PKMB, kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa. Harap maklum.
Bayi Dalam Besen Sampah Kini Stabil, PKMB Sibu Cari Keluarga Angkat. Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah dijumpai dalam keadaan ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di Sibu, Sarawak. Bayi tersebut diletakkan dalam bekas ikan pada 29 Oktober dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menurut laporan media tempatan, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak menjelaskan bahawa bayi tersebut lahir pramatang pada usia kandungan 41 minggu dengan berat 1.43 kg.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Sibu telah menjalankan temu bual dengan ibu bayi yang berusia 14 tahun serta bapanya pada 30 Oktober. Pihak kebajikan juga telah melawat hospital untuk memeriksa keadaan bayi tersebut sambil bekerjasama dengan pihak polis dalam siasatan kes ini.
Bayi pramatang diselamatkan di tempat sampah Sibu, ibu remaja dan suspek ditahan
Pihak berkuasa sedang mencari keluarga angkat yang sesuai memandangkan datuk bayi tersebut enggan menjaga cucunya. Seorang lelaki berumur 44 tahun yang dikatakan kenalan kepada bapa si remaja telah ditahan polis.
Lelaki tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, serta Seksyen 317 (menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi) yang boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut statistik sehingga Oktober 2024, Sarawak telah mencatatkan 6 kes pembuangan bayi. Negeri ini juga merekodkan 118 kes rogol dengan 109 kes melibatkan mangsa di bawah umur 18 tahun. Daripada jumlah tersebut, 97 kes adalah rogol berkanun, 11 kes sumbang mahram, 24 kes gangguan seksual dan 74 kes penderaan seksual kanak-kanak.

