• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kes Buang Bayi Dalam Besen Sampah, Polis Sibu Tahan Lelaki 44 Tahun Dan Remaja 14 Tahun

Oleh
Farisha
30 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Lelaki direman 6 hari kes buang bayi di Sibu

Kes Buang Bayi Dalam Besen Sampah, Polis Sibu Tahan Lelaki 44 Tahun Dan Remaja 14 Tahun. Mahkamah Majistret Sibu, Sarawak telah mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari Rabu terhadap seorang lelaki berumur 44 tahun untuk membantu siasatan kes penemuan bayi lelaki di tempat pembuangan sampah di Jalan Tong Sang, Sibu.

Pihak polis telah menahan lelaki tersebut bersama seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada petang Selasa selepas penemuan bayi yang dipercayai baharu dilahirkan.

Kes Buang Bayi Dalam Besen Sampah, Polis Sibu Tahan Lelaki 44 Tahun Dan Remaja 14 Tahun
Kes Buang Bayi Dalam Besen Sampah, Polis Sibu Tahan Lelaki 44 Tahun Dan Remaja 14 Tahun

Menurut laporan media tempatan, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkilli Suhaili, penahanan kedua-dua suspek ini adalah hasil daripada siasatan pantas pihak polis.

Bayi tersebut ditemui oleh orang awam pada pukul 8.30 pagi hari Selasa dalam keadaan lemah. Bayi itu diletakkan dalam bekas penyimpanan ikan. Siasatan awal menunjukkan bayi yang ditemui bersama uri dan tali pusat itu dipercayai baharu dilahirkan dalam tempoh kurang 24 jam.

Bayi yang seberat 1.48 kilogram itu kini sedang menerima rawatan di Hospital Sibu dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi talian 084-364373 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Zam Zam Ismail di talian 014-9067909.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Besen Sampah Di Jalan Tong Sang Sibu
Bayi Baru Lahir Ditemui Masih Hidup Di Trusan Lawas
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [VIDEO] Kanak-Kanak Berlari Di Highway Serian, Tindakan Pantas Pemandu Dipuji [VIDEO] Kanak-Kanak Berlari Di Highway Serian, Tindakan Pantas Pemandu Dipuji
Next Article Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan Sarawak Mohon Peruntukan Besar, Lebih 1.3K Penempatan Di Sarawak Tiada Akses Jalan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?