• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bayi Lelaki Ditemui Masih Hidup Di Tepi Jalan Belaga

Oleh
Farisha
18 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Penemuan bayi baru lahir di tepi jalan mengejutkan penduduk Belaga

Bayi Lelaki Ditemui Masih Hidup Di Tepi Jalan Belaga. Seorang bayi lelaki baru lahir telah ditemui masih hidup di tepi jalan bersemak di KM1 Jalan Bukit Jayong, Belaga, pada Selasa.

Menurut sumber, Ketua polis daerah Belaga, DSP Jimbai Bala mengatakan bahawa pihak polis dimaklumkan mengenai penemuan bayi tersebut oleh orang awam pada pukul 4 petang.

Bayi Lelaki Ditemui Masih Hidup Di Tepi Jalan Belaga
Bayi Lelaki Ditemui Masih Hidup Di Tepi Jalan Belaga. Sumber foto: theborneopost

Dijumpai dibalut dengan kain

Selepas menerima maklumat itu, pihak polis segera pergi ke tempat kejadian dan mendapati seorang bayi dilaporkan masih hidup, dibalut dengan kain.

Bayi tersebut kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Belaga untuk pemeriksaan kesihatan. Berdasarkan pemeriksaan perubatan, bayi lelaki yang beratnya 2.9kg dipercayai baru dilahirkan kurang dari 24 jam sebelum ditemui dalam keadaan sihat.

Sementara itu, bayi tersebut telah dirujuk ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut dan ditempatkan di Unit Penjagaan Khas Bayi untuk pemantauan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan untuk tindakan seterusnya.

Masyarakat Diminta Bantu Polis Siasat Kes Bayi Ditinggalkan

Pihak polis telah membuka siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Dalam pada itu, Jimbai turut menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai bayi tersebut untuk menghubungi Ibu Pejabat Daerah Polis Belaga atau pegawai penyiasat yang bertanggungjawab.

Baca juga artikel yang berkaitan:

‘Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Saya’, Mayat Bayi Dengan Nota Ditemui Di Pusat Beli Belah
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cromboloni, Pastri Popular Yang Kini Boleh Didapati Di 3 Bakeri Di Kuching Cromboloni, Pastri Popular Yang Kini Boleh Didapati Di 3 Bakeri Di Kuching
Next Article Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman Digelar Abalone Sarawak, Kenali Lelitak Makanan Eksotik Masyarakat Iban Di Sri Aman

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?