• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Saya’, Mayat Bayi Dengan Nota Ditemui Di Pusat Beli Belah

Oleh
Husna Hazmi
23 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Mayat bayi berkenaan ditemui di tong sanitasi pusat beli belah di Kota Kinabalu

‘Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Saya’, Mayat Bayi Dengan Nota Ditemui Di Pusat Beli Belah. Dilaporkan, satu lagi berita menggemparkan ramai apabila seorang mayat bayi perempuan cukup sifat ditemui di dalam tong sanitasi di sebuah pusat beli belah Kota Kinabalu malam semalam.

Bayi malang tersebut ditemui bersama sebuah nota yang dikatakan ditinggal oleh ibunya.

'Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Saya', Mayat Bayi Dengan Nota Ditemui Di Pusat Beli Belah
‘Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Saya’, Mayat Bayi Dengan Nota Ditemui Di Pusat Beli Belah

Dalam nota tersebut ibu bayi berkenaan berkata

Saya meminta maaf dan meminta tolong mencari tempat sesuai untuk anak saya.

“Terima kasih pertolongan anda. Jangan kecam saya. Saya pun tidak mahu ini terjadi.”

Mayat bayi berkenaan dibalut dengan tuala dan telah ditemui oleh penyelia syarikat pembersihan di pusat beli-belah tersebut ketika hendak menukar plastik tong sampah sanitasi.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat bayi malang tersebut pada jam 9.40 malam.

Beliau berkata, hasil siasatan telah mendapati mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemukan dalam keadaan dibaluti kain tuala. Cebisan kerta yang tertulis nota daripada ibu bayi berkenaan juga ditemui sekali bersama mayat.

'Saya Minta Maaf, Jangan Kecam Saya', Mayat Bayi Dengan Nota Ditemui Di Pusat Beli Belah

Pihak polis sedang menjalankan siasatan

Oleh demikian, Superintendan Kalsom berkata bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

Polis juga membuat risikan maklumat bagi mengenal pasti suspek yang terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” jelas beliau lagi.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Hatikah Ahmad @ Abd Ghani di talian 0168337243.

Lagi artikel berkaitan untuk anda di sini:

Ketahui Baby Hatch, Khidmat Lindungi Bayi Daripada Dibuang
Kes Buang Bayi Di Semariang, Gadis 14 Tahun Diperintah Berkelakuan Baik Selama 6 Bulan
SUMBER :Harian Metro
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak Kenali 4 Jenis Buah Rare Yang Hanya Boleh Anda Temui Di Sarawak
Next Article Sarawak Masih Kekurangan Guru, 1500 Pendidik Diperlukan Lagi Di Bumi Kenyalang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?