Pesta muzik dan budaya menanti anda di Festival Busking Antarabangsa Kuching
Meriahkan Bumi Kenyalang, Festival Busking Antarabangsa Kuching Bakal Diadakan Pada 29-31 Ogos Ini. Festival Busking Antarabangsa Kuching (KIBF), acara yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos 2024, dengan aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan di sekitar Jalan Carpenter.
Menurut laman Facebook, para pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan daripada penyanyi, pemuzik dan kumpulan muzik yang berbakat. Acara ini turut mengetengahkan budaya tempatan di samping mempamerkan bakat-bakat antarabangsa.

Antara tarikan utama festival ini ialah pertandingan dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM11,000. Anugerah yang ditawarkan termasuk:
- Anugerah 10 Terbaik Festival Busking Antarabangsa Kuching (KIBF)
- Anugerah Pilihan Orang Awam di Plaza Merdeka
- Anugerah Bakat Muda Terbaik Petra Jaya Properties (U18)
- Anugerah Artis Baharu Continental Cycles
Festival ini turut menawarkan peluang kepada peserta jemputan, persembahan khas dan persembahan berkumpulan untuk memukau penonton.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran dalam talian, pengunjung boleh mengimbas kod QR yang tertera pada poster. Mereka yang berminat juga boleh menghubungi penganjur:
- Mike Lim: +60193539778
- Celestine Chuo: +60128806917
- Gerald Goh: +60198165368
Festival Busking Antarabangsa Kuching 2024 mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Sarawak, Sarawak Energy, dan Plaza Merdeka selaku penaja venue.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bakat-bakat luar biasa dan merasai suasana seni yang meriah di Kuching pada hujung Ogos 2024 ini.

