Sediakan diri untuk perubahan drastik
Beg Kabin Mungkin Tidak Dibenarkan, Ini Ramalan Prosedur Penerbangan Masa Akan Datang. Antara sektor yang akan mengalami perubahan drastik adalah industri penerbangan. Malah, beberapa lapangan terbang di seluruh negara telah menggunakan pendekatan baharu sebagai langkah keselamatan. Walaupun sempadan akan dibuka semula, pelancongan tidak akan sama seperti dahulu. Antaranya ialah penumpang mesti mempercayai bahawa menaiki kapal terbang adalah selamat dan dapat memasuki negara yang dilawati. Protokol dan sistem keselamatan kesihatan akan dilaksanakan dan ini masih belum dapat ditentukan.
Ramalan yang diramal oleh pakar-pakar industri penerbangan
Menurut Forbes, antara langkah yang akan dipertimbangkan adalah tidak membenarkan beg kabin, ruang rehat (lounges) tidak dibuka, tiada automatik upgrade, topeng muka, sarung tangan, daftar masuk sendiri, self bag drop off, pasport imuniti, ujian darah on-the-spot dan terowong pembasmian kuman. Teknologi digital dan automasi akan memainkan peranan penting pada masa depan penerbangan. Keperluan untuk mengurangkan “titik sentuh” di lapangan terbang menunjukkan penggunaan wajib menaiki biometrik yang membolehkan penumpang menaiki pesawat dengan hanya wajah mereka sebagai pasport.
Kini, beberapa pesawat menggunakan strategi ini iaitu British Airways, Qantas dan EasyJet. Menurut World Travel and Tourism Council (WTTC), amalan ‘normal’ baharu seperti lapangan terbang Heathrow, lapangan terbang JFK dan Singapore Changi akan merangkumi penggunaan daftar masuk dalam talian yang hampir eksklusif, dan pembayaran tanpa sentuhan.
Orang awam tidak dibenarkan masuk kecuali mereka yang menaiki pesawat
Diramalkan juga perubahan radikal dimana orang awam tidak akan dibenarkan masuk kecuali kanak-kanak yang tidak ditemani atau mereka yang memerlukan bantuan. Menurut firma strategi syarikat penerbangan SimpliFlying, hanya mereka yang “sihat untuk terbang” sahaja dibenarkan masuk ke dalam lapangan terbang.
“Ia mungkin rupa macam futuristik, tetapi sanitasi UV akan menjadi perkara biasa di lapangan terbang seluruh dunia. London Heathrow mengatakan mereka telah memulakan percubaan proses tersebut untuk security tray mereka,” jelas The Telegraph.
Proses menaiki pesawat
Diramalkan proses menaiki pesawat akan menjadi ‘tanpa sentuh’, dengan pilihan untuk pengecaman wajah penumpang (yang kini sudah digunakan di beberapa lapangan terbang di Amerika Syarikat untuk penerbangan antarabangsa). Ketika dalam pesawat, tempat duduk akan disekat, penyemburan elektrostatik, anggota pesawat akan menggunakan PPE dan topeng muka. Syarikat penerbangan utama Eropah seperti Air France dan KLM telah mewajibkan amalan ini dan dijangkakan semua syarikat penerbangan lain akan melakukan perkara yang sama.
Bagi makanan, kemungkinan ia akan dihentikan untuk penerbangan jarak dekat, sementara syarikat penerbangan akan mempertimbangkan menghidang ‘makanan ringan’ untuk penerbangan jarak jauh. Hong Kong Airlines telah memutuskan untuk berhenti menawarkan makanan sama sekali.
Ketibaan ke destinasi
SimpliFlying meramalkan penumpang antarabangsa akan dikehendaki untuk menunjuk dokumen atau pasport imuniti kepada ejen kawalan sempadan. Amalan ini kini disokong oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Sekiranya vaksin sudah ditemui, ini boleh dialih kepada penunjukan dokumen sebagai bukti vaksinasi.
“Penumpang yang tiba juga akan menjalani pemeriksaan suhu ketika sudah tiba di destinasi terakhir mereka dan juga kemungkinan ujian darah. Beberapa lapangan terbang seperti Hong Kong dan Vienna sedang menguji penumpang dengan ujian darah sebelum mereka dibenarkan memasuki negara mereka. Walau bagaimanapun, jenis ujian tersebut mungkin berumur pendek,” ramal Conde Nast.
Pemeriksaan suhu turut dicadangkan oleh IATA sementara Airlines UK, yang mewakili British Airways, EasyJet dan Virgin Atlantik, berkata pra-saringan penumpang mesti diperkenalkan seawal mungkin semasa perjalanan penumpang, jelas The Telegraph.
SimpliFlying meramalkan bahawa agensi kesihatan persekutuan baru kemungkinan akan dibuat untuk menyelaraskan pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang.
“Protokol baru untuk daftar masuk yang melibatkan teknologi digital akan diperkenalkan; stesen pembersih tangan di tempat yang kerap termasuk tempat bagasi disimpan; pembayaran tanpa sentuhan dan bukannya wang tunai; menggunakan tangga lebih kerap daripada lif di mana peraturan dua meter lebih sukar untuk dipatuh; dan peralatan kecergasan dipindahkan untuk pemisahan yang lebih besar, dan lain lagi,” kata WTTC dalam sebuah laporan terbaharu.
WTTC percaya bahawa pelancong yang lebih muda dalam kumpulan usia 18-35 tahun, yang nampaknya kurang terkesan dengan virus, mungkin antara golongan yang pertama mulakan penerbangan lagi.
Ramalan masa depan dengan harga tiket penerbangan
Menurut ramalan-ramalan ini, ia dipercayai kemungkinan besar syarikat penerbangan akan terpaksa menaikkan harga tiket penerbangan.
“Difahamkan akan adanya ketakutan konsumer dimana mereka akan takut dijangkiti virus dalam pesawat yang sesak dan akan memerlukan syarikat menkofigurasikan semula tempat duduk. Syarikat pada mulanya akan cuba menarik pelancong yang berhati-hati dengan menawarkan potongan harga tiket, namun jika mereka tidak dapat mengisi ruang pesawat, mereka mungkin terpaksa menaikkan harga tiket.”
Beberapa syarikat penerbangan, terutamanya yang lebih kecil, akan jatuh muflis atau menjadi sasaran pengambilalihan. Dengan amalan baharu dimana pesawat terpaksa mengurangkan jumlah penumpang, mereka akan perlu menaikkan harga untuk menampung kerugian.
Terpaksa membatalkan penerbangan? Anda boleh baca artikel mengenai tempoh sah akaun kredit AirAsia di sini: