• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

MKN Keluarkan Panduan SOP Perayaan Semasa PKPB

Oleh
Ismail NA
12 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Beraya Berpada-pada, SOP Jangan Dilupa

MKN Keluarkan Panduan SOP Perayaan Semasa PKPB. Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan perayaan di seluruh Malaysia. Memandangkan musim perayaan masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebarang jenis perayaan kini perlulah dilakukan dengan kebiasaan baharu. Ia termasuklah sambutan perayaan Hari Raya, Kaamatan, Gawai Dayak dan sebagainya.

Isi Isi Penting
  • 1. Pergerakan Dalam Negeri
  • 2. Pergerakan Antara Daerah
  • 3. Pergerakan Antara Negeri
  • 1. Sambutan
  • 2. Amalan Penjarakan Sosial
  • 3. Setiap ahli keluarga/individu perlu memakai face mask
  • 4. Amalan Pencucian Tangan dan Hand Sanitizer
  • 5. Tata Kelakuan
  • 6. Sanitasi
  • 7. Takbir Hari Raya
  • 8. Edaran Duit Raya
  • 9. Had Masa Kunjungan Bagi Setiap Tetamu

Malah, sambutan perayaan ini yang berlangsung pada minggu keempat bulan Mei serta minggu pertama Jun boleh menjadi faktor penting untuk pandemik ini kembali menular.

Oleh yang demikian, berikut merupakan senarai SOP yang telah dikeluarkan oleh MKN semasa musim perayaan.

MKN Keluarkan Panduan SOP Perayaan Semasa PKPB
MKN Keluarkan Panduan SOP Perayaan Semasa PKPB

Pergerakan Yang Dibenarkan

1. Pergerakan Dalam Negeri

2. Pergerakan Antara Daerah

  • Dibenarkan untuk pergi balik kerja, mendapatkan keperluan makanan dan perubatan serta sambutan perayaan (Raya, Gawai, Kaamatan)
  • Perjalanan antara bahagian di Sarawak tidak dibenarkan.

3. Pergerakan Antara Negeri

  • Perjalanan rentas negeri untuk pergi dan balik kerja dan orang yang terkandas di kawasan lain untuk pulang ke rumah sahaja.
  • Rentas negeri untuk sambutan Hari Raya dan Kaamatan tidak dibenarkan.
  • Rentas bahagian di Sarawak untuk sambutan Hari Gawai tidak dibenarkan.
MKN Keluarkan Panduan SOP Perayaan Semasa PKPB
Sumber : NSTP/HAZREEN MOHAMAD

Protokol Aktiviti/Sambutan

1. Sambutan

  • Sambutan dalam kalangan keluarga dalam rumah dan jiran terdekat sahaja.
  • Jumlah tetamu tidak lebih 20 orang sehari.

2. Amalan Penjarakan Sosial

  • Pastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter
  • Elakkan 3C (crowded area – bersesak), (confined area – ruang rapat/tertutup), (close conversation – perbualan jarak dekat).

3. Setiap ahli keluarga/individu perlu memakai face mask

4. Amalan Pencucian Tangan dan Hand Sanitizer

  • Sediakan sabun atau hand sanitizer.
  • Semua ahli keluarga/tetamu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.

5. Tata Kelakuan

  • Tidak bersalaman dan bersentuhan.
  • Tidak berkongsi makanan/minuman atau bekas makanan.
  • Memendekkan waktu pertemuan (contact).

6. Sanitasi

  • Sanitasi secara berkala hendaklah dilakukan terutamanya terhadap meja makan dan permukaan yang terdedah kepada banyak sentuhan.

7. Takbir Hari Raya

  • Hanya untuk ahli keluarga di dalam rumah sahaja.
  • Memastikan penjarakan sosial.

8. Edaran Duit Raya

  • Tidak boleh bersalaman dan bersentuhan.

9. Had Masa Kunjungan Bagi Setiap Tetamu

  • Tidak boleh melebihi 60 minit.
MKN Keluarkan Panduan SOP Perayaan Semasa PKPB
MKN Keluarkan Panduan SOP Perayaan Semasa PKPB

Pokoknya, tidak salah untuk kita menyambut perayaan pada tahun ini tetapi biarlah berpada-pada dan sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan. Sama-sama kita jaga diri dan perangi pandemik ini.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Berkulat Dua Bulan Tidak Beroperasi, Kerusi Di Panggung Wayang Juga Berkulat
Next Article Beg Kabin Mungkin Tidak Dibenarkan, Ini Ramalan Prosedur Penerbangan Masa Akan Datang Beg Kabin Mungkin Tidak Dibenarkan, Ini Ramalan Prosedur Penerbangan Masa Akan Datang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?