• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Beg Limited Edition Hello Kitty di McDonald Gemparkan Kuching dan Sibu

Oleh
Ismail NA
27 November 2019
Kongsi
2 Min Bacaan
Beg Limited Edition Hello Kitty di McDonald Gemparkan Kuching dan Sibu

Ramai Sanggup Beratur Panjang di McD

Beg Limited Edition Hello Kitty di McDonald Gemparkan Kuching dan Sibu
Kredit : McDonald Malaysia

Beg Limited Edition Hello Kitty di McDonald Gemparkan Kuching dan Sibu .Restoran makanan segera, McDonald hari ini telah mengeluarkan beg pembawa Hello Kitty edisi terhad. Beg pembawa tersebut merupakan kolaborasi antara McDonald X Hello Kitty sempena ulang tahun Hello Kitty ke 45. Beg tersebut boleh didapati di semua kaunter restoran, self-ordering kiosk (SOK) dan Drive-Thru bermula jam 10 pagi di seluruh negara.

McD Cawangan Tabuan Jaya dan Sibu “Rebuk” Dengan Pelanggan

Apa yang menarik perhatian ialah cawangan McD di Sarawak hari ini menerima sambutan yang menggemparkan daripada para pelanggan terutamanya di cawangan Tabuan dan Sibu.

Beg Limited Edition Hello Kitty di McDonald Gemparkan Kuching dan Sibu
Keadaan di McD Tabuan Jaya. Kredit : Sarawak Viral
Suasana di McD Sibu. Kredit : Sarawak Edition
https://www.facebook.com/sibublowwaterstation/videos/568670387042540/?t=0
Keadaan di McD Sibu. Kredit : FB SibuBlowWaterStation

Beg pembawa Hello Kitty tersebut boleh dibeli dengan harga RM 29.99 jika anda membuat pesanan McValue Meal. Namun demikian, ia hanya terhad kepada 1 unit untuk setiap resit pembelian. Jadi, siapa cepat dia dapat lah.

Harga Beg Hello Kitty di Thailand Dijual 70% Lebih Mahal

Terdahulu, koleksi beg Hello Kitty ini mula dijual di Singapura pada 14 November 2019 yang lalu dan laris dalam masa satu hari sahaja. Ia dijual pada harga 7.90 Dolar Singapura yang bersamaan dengan RM 24.13. Kini, jualan koleksi tersebut mula diperluaskan ke Malaysia dan Thailand dengan harga yang lebih tinggi. Jika harga di Malaysia ialah RM 29.99, harga jualan di Thailand ialah 299 Baht yang bersamaan dengan RM 41.26. Malah, harga di Thailand ini 70% lebih mahal daripada harga jualan di Singapura.

Bagi peminat Sanrio, beratur panjang ini tidaklah sesusah mana jika hendak dibandingkan dengan menunggu koleksi edisi terhad untuk dilancarkan. Selain itu, ada juga yang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menghadiahkan beg pembawa tersebut kepada anak-anak mereka. Maklumlah, cuti sekolah kan dah bermula.

Apa pendapat anda tentang beg Hello Kitty ini?

Jangan lupa like dan share post ini!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading
Next Article Ini Panduan Ringkas Roadtrip Sarawak-Sabah Melalui Brunei Ini Panduan Ringkas Roadtrip Sarawak-Sabah Melalui Brunei

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?