• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading

Oleh
Ismail NA
25 November 2019
Kongsi
3 Min Bacaan
Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading

Jika Anda Terlepas, Anda Terpaksa Menunggu 9 Bulan Yang Seterusnya.

Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading .Siapa yang tidak pernah menyaksikan bunga Rafflesia? Inilah peluang anda untuk berbuat demikian kerana bunga terbesar di dunia tersebut kini dilaporkan sedang mekar di Taman Negara Gunung Gading, Lundu, Sarawak.

Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading
Kredit : FB Taman Negara Gunung Gading

Dijangka Mekar Selama 5 Hari Sahaja

Menurut laman FB Taman Negara Gunung Gading, spesis Rafflesia Tuan Mudae tersebut dilaporkan mulai mekar pada 24 November 2019 (Ahad). Bunga tersebut dijangka mekar selama 5 hari, bermula daripada 24 November 2018 (Ahad) hingga 28 November 2019 (Khamis). Untuk pengetahuan anda, bunga ini mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar!

Nak tahu info menarik tentang Rafflesia? Baca ini : Rafflesia – Fakta Bunga Borneo yang Perlu Anda Tahu

Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading
Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading. Kredit : Sarawak Forestry

Fenomena Rare! Mekar 7 Kelopak Berbanding Kebiasaan 5 Kelopak

Rafflesia yang mekar ini mempunyai saiz diameter sebesar 70 cm dan juga terdiri daripada 7 kelopak bunga. Kebiasaannya, bunga Rafflesia ini mekar dengan 5 jumlah kelopak. Oleh itu, bunga yang mekar dengan 7 kelopak bunga adalah sesuatu yang jarang berlaku. Jarak bunga ini daripada Pejabat Utama Taman Negara ialah 400 meter. Anda hanya perlu berjalan kaki sekitar 15 ke 20 minit untuk sampai ke tapak bunga Rafflesia. Sambil-sambil itu, boleh lah anda exercise sedikit memandangkan trail yang ada berbatu-batu dan sedikit berbukit.

Bunga endemik Sarawak ini biasanya berbunga dengan 5 kelopak berbanding 7 kelopak. Kredit : Chien C. Lee via Flickr

Tour Guide Sedia Membantu Anda

Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading
Trail di Taman Negara Gunung Gading yang berbatu dan sedikit berbukit. Kredit : Sarawak Tourism Board

Untuk melihat bunga Rafflesia ini, anda mesti ditemani oleh tour guide khas Taman Negara bagi memastikan keselamatan anda. Dengan bayaran RM30, tour guide ini boleh memberikan penerangan dan info menarik mengenai bunga Rafflesia Tuan Mudae ini sepanjang perjalanan. Melalui pengalaman kami, tour guide di sana sangat mesra dan membantu. Jadi, anda tidak perlu berasa insecure jika ditemani mereka.

Aktiviti Lain Yang Boleh Anda Lakukan di Taman Negara Gunung Gading

Setelah anda puas melihat bunga rafflesia tersebut, anda boleh juga melanjutkan perjalanan ke tapak air terjun yang ada di Taman Negara Gunung Gading. Selain itu, anda juga boleh bermandi manda bersama rakan-rakan mahu pun keluarga di kolam mandian berhampiran Pejabat Utama Taman Negara Gunung Gading.

Peluang Saksikan Bunga Rafflesia Yang Sedang Mekar di Taman Negara Gunung Gading
Air terjun Taman Negara Gunung Gading. Kredit : whatsaboutaroundyou.blogspot.com
Kolam di Taman Negara Gunung Gading.

Jadi, apa tunggu lagi? Cuti sekolah dah bermula. Rancang perjalanan anda ke sini kerana tempoh mekarnya tidak lama. Sekurang-kurangnya, anda boleh berbangga kerana pernah melihat bunga rare ini walaupun ianya sekali dalam seumur hidup anda.

Jangan lupa like dan share post ini!

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 2 Daripada 3 Undang-Undang di Sarawak Telah Tetapkan Had Umur Minimum Perkahwinan Pinda Had Umur Kahwin : Undang-Undang Sarawak Sudah Tetapkan Umur Minimum 18 Tahun
Next Article Beg Limited Edition Hello Kitty di McDonald Gemparkan Kuching dan Sibu Beg Limited Edition Hello Kitty di McDonald Gemparkan Kuching dan Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?