• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekalan Darah Semakin Kritikal, Hospital Umum Sarawak Seru Bantuan Derma Darah

Oleh
Nazihah AN
17 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Bekalan Darah Semakin Kritikal, Hospital Umum Sarawak Seru Bantuan Derma Darah

Hospital Umum Sarawak Rayu Orang Ramai Derma Darah Segera

Bekalan Darah Semakin Kritikal, Hospital Umum Sarawak Seru Bantuan Derma Darah. Jika anda sudah cukup tempoh untuk menderma darah, sekaranglah masanya. Blood Bank Hospital Umum Sarawak (HUS) kini berada dalam keadaan genting — permintaan bekalan darah berada pada paras yang sangat tinggi, dan mereka memerlukan bantuan segera daripada penderma yang prihatin.

Menurut kenyataan terkini yang dimuat naik oleh pihak hospital, peningkatan mendadak kes-kes kecemasan, pembedahan, serta keperluan harian pesakit termasuk penghidap kanser yang memerlukan transfusi darah secara berterusan telah menyebabkan stok darah semakin berkurang. Situasi ini diburukkan lagi dengan musim cuti panjang yang bakal menjelang.

Bekalan Darah Semakin Kritikal, Hospital Umum Sarawak Seru Bantuan Derma Darah

Sokongan Diperlukan Menjelang Cuti Panjang

Dalam satu lagi hantaran yang dimuat naik dua jam kemudian, pihak bank darah memohon jasa baik para penderma darah untuk tampil membantu. Rayuan ini bukan biasa-biasa. Ia adalah panggilan kecemasan kepada semua yang sihat tubuh badan dan telah cukup tempoh sejak pendermaan terakhir — atau yang sudah lama tidak menderma — supaya tampil memberikan harapan kepada pesakit yang bergantung hidup pada bekalan darah ini.

“Dear blood donors, please donate to support us through this coming long weekend,” tulis mereka dalam satu hantaran ringkas tetapi penuh makna.

Kenapa Ini Penting?

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa darah yang didermakan bukan hanya digunakan untuk kecemasan seperti kemalangan. Ia juga penting untuk pesakit kanser, ibu bersalin yang mengalami pendarahan, dan mereka yang menjalani pembedahan besar. Setiap titisan darah yang didermakan boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Bayangkan jika hospital kekurangan bekalan darah semasa cuti panjang — di saat ramai bercuti, petugas kesihatan kita masih bertugas menyelamatkan nyawa.

Bagaimana Anda Boleh Membantu?

Jika anda seorang penderma yang layak:

  • Sudah cukup tempoh sejak pendermaan terakhir (biasanya 3 bulan),
  • Tidak menghadapi masalah kesihatan,
  • Tidak demam atau mengambil ubat dalam tempoh terdekat,

Sila hadir ke pusat derma darah Hospital Umum Sarawak secepat mungkin. Sumbangan anda sangat dihargai dan amat diperlukan ketika ini.

Jadilah wira tanpa jersi. Menderma darah tidak mengambil masa yang lama, tetapi impaknya kekal selamanya dalam kehidupan orang lain. Ayuh, rakyat Sarawak — mari kita bantu Hospital Umum Sarawak menyelamatkan nyawa bersama-sama!

Baca juga di bawah:

Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching
Ketahui Perbezaan Antara Pengikrar Penderma Organ Dan Penderma Organ Sebenar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keputusan SPM 2024 Keluar 24 April, Ini Cara Nak Semak Keputusan Anda
Next Article Hospital Miri Kongsi Kisah Pengikrar Penderma Organ Ini Raih Sebak Netizen Hospital Miri Kongsi Kisah Pengikrar Penderma Organ Ini Raih Sebak Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?