• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching

Oleh
Nazihah AN
16 April 2025
Kongsi
3 Min Bacaan
Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching

Derma Darah, Anda Boleh Selamatkan Nyawa

Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching. Minggu ini, Pusat Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) kembali dengan Kempen Derma Darah Mingguan yang padat dan penuh semangat! Bermula dari 14 April hingga 20 April 2025, kempen ini menjelajah sekitar Kuching bersama beberapa rakan penganjur bagi memastikan bekalan darah negeri kita sentiasa mencukupi.

Daripada kampus universiti hingga ke hotel ternama, inisiatif ini menyasarkan lebih 400 beg darah dikumpulkan – satu usaha yang luar biasa dan memerlukan sokongan ramai!

Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching

Lokasi & Sasaran Derma Darah Mingguan

Antara lokasi minggu ini termasuk:

  • Hilton Hotel Kuching – Menyasar 30 beg darah bersama warga kerja hotel.
  • UNIMAS – Dua lokasi berasingan dengan sasaran 50 beg darah dari Fakulti Ekonomi dan Fakulti Sains Sosial.
  • CIMB Twin Towers, Rock Road – Dengan kerjasama korporat untuk menjayakan misi 50 beg darah.
  • Chung Hua Middle School No.1, Pending – Lokasi paling besar minggu ini dengan sasaran 150 beg darah, anjuran bersama Federation of Chinese Youth (FOCY)!

Pusat Tabung Darah HUS juga tetap beroperasi setiap Isnin hingga Khamis serta Sabtu dan Ahad, mengikut waktu yang telah ditetapkan dalam jadual rasmi.

Terima Kasih, Kuchingbloodwarriors!

Warga kerja Pusat Tabung Darah HUS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah tampil minggu lepas — sama ada menderma di pusat utama mahupun melalui kempen luar. Sumbangan anda benar-benar menyelamatkan nyawa. Kepada anda yang belum berpeluang, minggu ini adalah masanya!

📋 Tips Selepas Derma Darah: Jaga Diri, Wira!

Bagi penderma baru, berikut adalah 7 tips penting untuk kekal sihat selepas menderma darah:

  1. Tekan dengan kapas pada tempat cucukan jarum untuk elak lebam (hematoma).
  2. Ambil makanan ringan dan minuman yang disediakan – jangan terus berlapar!
  3. Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  4. Elakkan alkohol dalam tempoh 24 jam.
  5. Kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari agar tidak dehidrasi.
  6. Elakkan aktiviti berat atau senaman selama 6–8 jam selepas menderma.
  7. Jika rasa pening atau pitam, duduk atau baring sehingga rasa pulih.

Dan jika ada sebarang persoalan, anda boleh terus hubungi 082-276797 untuk info lanjut.

Baca juga sini:

Hospital Umum Sarawak Perlukan Penderma Darah Jenis A Dengan Segera
Pesakit Hilang 2 Liter Darah, Pihak HUS Rayu Derma Darah Kumpulan O
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ditahan Lepas Ugut Ibu Sendiri Dengan Parang Di Tawau
Next Article Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Kotak Gerai Tepi Jalan Di Lahad Datu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?