• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekalan Terganggu, Pemberian Vaksin Di Sibu Tergendala Hari Ini

Oleh
Ismail NA
20 April 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Dilaporkan bahawa bekalan vaksin di Sibu belum diterima.

Bekalan Terganggu, Pemberian Vaksin Di Sibu Tergendala Hari Ini. Sejak semalam, pemberian vaksin untuk fasa kedua sudah pun dimulakan. Namun demikian, dikhabarkan bahawa urusan pemberian vaksin yang sepatutnya berlangsung di Stadium Tertutup Sibu hari ini terpaksa ditangguhkan.

Hal ini kerana bekalan vaksin untuk urusan pemberian di Sibu belum diterima. Perkara ini dimaklumkan oleh Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Sibu melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu dalam satu kenyataan seperti mana yang dilaporkan oleh media.

Tarikh baharu temujanji akan diumumkan menerusi MySejahtera

Menurut JPBB Sibu, penangguhan tersebut dibuat kerana pusat vaksin tersebut belum menerima bekalan vaksin. Oleh yang demikian, tarikh baharu untuk temu janji pemberian vaksin akan diumumkan menerusi aplikasi MySejahtera.

Bekalan Terganggu, Pemberian Vaksin Di Sibu Tergendala Hari Ini
Bekalan Terganggu, Pemberian Vaksin Di Sibu Tergendala Hari Ini
Sumber : Twitter JKJAV

Tambahnya lagi, para penerima vaksin untuk Fasa 2 dan Fasa 3 akan tetap menerima notifikasi temu janji di aplikasi MySejahtera meskipun mereka telah mendaftarkan diri di pelbagai saluran seperti kaunter Klinik Kesihatan, Pejabat Daerah/Ketua Komuniti mahupun aplikasi MySejahtera.

Bagi mereka yang belum mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin, anda boleh berbuat demikian sama ada di aplikasi MySejahtera, laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/, atau hubungi talian pendaftaran vaksin iaitu 1800-88-828.

Bagi anda yang mempunyai ibu bapa atau tanggungan yang tidak mempunyai MySejahtera, anda boleh mendaftarkan mereka melalui MySejahtera di telefon pintar anda. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Macam Di Jepun, Penampang Jadi Tumpuan OOTD Kerana Fenomena Bunga “Sakura”
Next Article Ada Masalah Tidur? Ini Beberapa Tips Anda Boleh Cuba Untuk Tidur Dengan Lena Ada Masalah Tidur? Ini Beberapa Tips Anda Boleh Cuba Untuk Tidur Dengan Lena

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?