• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Macam Di Jepun, Penampang Jadi Tumpuan OOTD Kerana Fenomena Bunga “Sakura”

Oleh
Ismail NA
20 April 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Bestnya!

Macam Di Jepun, Penampang Jadi Tumpuan OOTD Kerana Fenomena Bunga “Sakura”. Fenomena bunga tekoma atau digelar ‘sakura’ Asia Tenggara ini sememangnya tidak pernah gagal menarik perhatian ramai orang. Ini kerana kecantikan bunga merah jambunya yang mekar lebat menjadikannya sebagai salah satu lokasi bergambar oleh orang ramai.

Di Sabah, fenomena bunga ini kembali tahun ini di Penampang. Spesifiknya di Jalan Pintas. Menurut laporan media, pokok bunga tekoma yang mekar ini telah menarik perhatian ramai orang sehingga ada yang sanggup berhenti di tepi jalan semata-mata untuk mengambil gambar dengan pokok bunga tersebut.

Pokok tekoma yang sangat insta-worthy!

Malah, fenomena bunga tekoma ini juga dikatakan insta-worthy kerana sangat sesuai dimuat naik ke laman sosial media seperti Instagram. Tidak kurang juga yang menjadikan pohon ini sebagai lokasi mengambil gambar foto perkahwinan.

Macam Di Jepun, Penampang Jadi Tumpuan OOTD Kerana Fenomena Bunga "Sakura"
Pokok tekoma di Jalan Pintas, Penampang, Sabah.
Sumber : The Star

Seorang netizen yang dikenali sebagai Julia memberitahu bahawa beliau datang ke kawasan pohon tekoma di Jalan Pintas, Penampang Sabah setelah diberitahu oleh anaknya yang mengambil gambar di kawasan berkenaan. Menurutnya, bunga tersebut tumbuh dalam pelbagai warna seperti warna merah jambu hinggalah warna krim.

“Ia seperti berada di Jepun. Bunga ini betul-betul seperti bunga sakura!”

Julia, netizen

Sementara itu, seorang lagi individu yang dikenali sebagai Kenny Khong yang berasal dari Kudat turut menikmati pemandangan indah tersebut bersama anaknya yang berusia 7 tahun, Eugene. Jelasnya, anaknya kelihatan sangat teruja apabila melihat pokok ini berbunga semasa di dalam kereta. Kenny sanggup melakukan pusingan U bagi memenuhi permintaan anaknya yang suka bergambar. Tambahan pula, pokok tekoma yang mekar tersebut merupakan tempat yang cantik untuk mengambil gambar.

Selain Jalan Pintas, pokok bunga tekoma ini juga boleh didapati di sepanjang jalan lain di Penampang, Kota Kinabalu dan Putatan.

Macam Di Jepun, Penampang Jadi Tumpuan OOTD Kerana Fenomena Bunga "Sakura"
Macam Di Jepun, Penampang Jadi Tumpuan OOTD Kerana Fenomena Bunga “Sakura”
Kredit : FB Donnell Juis

Walaupun tidak diketahui berapa lama pokok tersebut telah berada di jalan tersebut, namun pohon ini kebiasaannya berbunga semasa musim kering dan hanya berbunga selama 1 hingga 2 minggu sahaja. Bunga tekoma atau nama saintifiknya, Tabebuia rosea ini sebenarnya merupakan bunga yang berasal dari Amerika Selata. Namun kini, bunga tekoma ini juga boleh didapati di negara Asia Tenggara.

Kat Sarawak pun ada tau! Boleh baca artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tangkapan Jackpot, Nelayan Miri Raih Ikan Kerapu Gergasi Seberat 161kg
Next Article Bekalan Terganggu, Pemberian Vaksin Di Sibu Tergendala Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?