Adakah patut dipuji atau boleh ditambah baik?
*Edit: Artikel ini tidak menyalahkan sesiapa. Francisca telah melakukan yang terbaik, pasukannya telah mencuba yang terbaik. Penting untuk diperhatikan bahawa Francisca tidak mempunyai kuasa untuk menentukan reka bentuk atau konsep national costume beliau. Artikel ini hanyalah pendapat yang membina yang boleh menjadi peringatan bagi pengurus wakil-wakil pertandingan ratu cantik masa depan.
Kostum Nasional Malaysia Untuk Miss Universe 2020 : Sarat Yang Menyusahkan? Baru-baru ini, Miss Universe Malaysia Francisca Luhong James mula bersaing untuk pertandingan ratu Miss Universe antarabangsa yang diadakan di Hollywood, Florida, AS. Perjalanannya sebagai orang asli pertama yang mewakili negara (Francisca berketurunan Kayan dan Iban) untuk pertandingan ratu ini diperhatikan oleh para penyokong. Walaupun beliau tidak diletakkan kedudukan dalam pertandingan, beliau tidak akan pulang dengan tangan kosong. Pengalaman dan persahabatan barunya pasti sangat dihargai.
Setelah selesainya pertandingan berkenaan, ramai orang datang ke media sosial untuk menyatakan pendapat mereka mengenai pertandingan tersebut, tetapi untuk artikel ini kami akan memfokuskan pada pendapat yang melebihi pendapat lain – kostum nasionalnya.
Direka oleh Carven Ong dari Carven Ong Couture
Pada 27 April lalu, national costume (NatCos) rasmi untuk Francisca didedahkan. Diilhamkan oleh kediaman tradisional masyarakat Melayu, NatCos ini digelar ‘Kampungku’ dan dimaksudkan untuk menjadi perayaan seni bina Malaysia dan nostalgia yang menyertainya.
Dengan berat 45kg, Kampungku mempunyai rumah 3D lengkap dengan ayam replika dan pokok kelapa. Apa yang membuat kostum tersebut menarik ialah ia datang dalam dua jenis – fasad pertama adalah kaftan hitam-putih yang bertujuan untuk membangkitkan kenangan lukisan zaman kanak-kanak. Setelah memperagakannya, Francisca akan memasuki rumah kampung prop yang berfungsi sebagai ruang tukar baju untuk muncul dengan gaun berwarna-warni, seumpama versi rumah kampung yang berwarna. Beliau juga mengenakan sebuah patung Barbie atas kepala yang direka oleh Wesley Hilton.
Menurut Malaysian Beauty Pageant Fan Club, kostum ini dianggap sebagai NatCom terbaik yang pernah dihasilkan untuk Miss Universe Malaysia. Malah, ia dikatakan bahawa kru Francisca dan beliau sendiri telah berlatih kepantasan pertukaran jadi keseluruhan proses akan berlaku dalam masa kurang dari 1 minit.
Apa yang akan menjadi glimmer of hope for Malaysia’s NatCom berubah menjadi kesedihan ketika kostum itu sendiri naik ke pentas.
Masalah bermula ketika perjalanan ke Florida
Bagi mereka yang tidak tahu, Francisca pergi sendiri ke Florida. Ya, bersendirian – Tanpa kru, tanpa sesiapa. Hanya beliau seorang sahaja.
Jadi, bayangkan semua bagasi yang beliau perlu bawa sendiri, dipenuhi dengan props gergasi serta dress nya. Mujur beliau berjaya mengatasi cabaran tersebut dan beliau hanya perlu tunggu untuk memperagakan NatCom terbabit.
Apabila Francisca memperagakan NatCom berkenaan semasa pertandingan National Costume Miss Universe, ramai orang mula menyedari beliau menghadapi kesukaran.
Semasa pertandingan tersebut, Francisca perlu dibantu oleh tiga orang kru organisasi Miss Universe untuk menolak prop rumah kampung tersebut ke tengah pentas. Pintu prop rumah itu pula mempunyai kesukaran untuk kekal tutup, memaksa Francisca untuk sentiasa menutup pintu semasa berjalan di atas pentas apabila gilirannya tiba.
Namun, prop itu dipusingkan terlalu awal, tidak memberi peluang kepada Francisca untuk masuk ke dalamnya bagi bertukar pakaian seperti yang dirancangkan.
Akibat itu, Francisca terpaksa masuk dari depan dan bertukar pakaian lalu keluar semula tetapi masa untuk beliau bertukar mengambil masa yang lama. Oleh itu, beliau tidak sempat untuk berjalan ke hadapan pentas pun.
Prop rumah itu kemudian terpaksa ditarik ke tepi dengan bantuan kru Miss Universe. Tetapi profesionalisme Francisca memang layak dipuji. Beliau menangani keadaan itu sambil masih melemparkan senyuman terbesarnya.
Kecewa dengan performance, ada yang turut mempersoalkan mengapa Francisca tidak memperagakan NatCom yang diilhamkan oleh budaya Borneo
Meskipun performance tersebut dianggap tidak sempurna, ramai yang masih menyokong Francisca serta memujinya atas profesionalismenya. Ya lah, jika kita dalam keadaannya ketika itu, dapat ke tak kekal senyum? Kompom menjus muka!
Walaupun mendapat pujian, ada juga kritikan. Banyak ke arah konsep dan reka bentuk NatCom berkenaan seperti:
Tinjauan mendapati bahawa ramai yang berpendapat bahawa NatCom tersebut terlalu ambitious dan tidak difikirkan dengan baik dari segi pelaksanaan di pentas sebenar. Tetapi komen yang paling menonjol adalah dari warga Sarawak, yang merasa kecewa kerana Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) melepaskan peluang untuk mempamerkan pakaian tradisional Sarawak. Lagi-lagi Francisca yang berketurunan Kayan dan Iban ialah orang asli pertama yang mewakili Malaysia untuk pertandingan ratu antarabangsa tersebut.
Rata-rata di media sosial meluahkan kekecewaan mereka mengenai perkara terbabit. Antaranya adalah:
“Francisca keturunan Dayak, beliau layak untuk memperagakan pakaian tradisinya tanpa perlu bimbang tentang cultural appropriation (menggunakan budaya orang lain yang bukan budaya sendiri). Cuma tambah-tambah sahaja apa yang perlu. Jika bajet adalah kebimbangan, saya betul-betul percaya bahawa NatCom yang diilhamkan oleh budaya Borneo mungkin lebih berjimat dan dapat mewakili asal usulnya dengan tepat. Lebih ramai orang akan tahu bahawa terdapat lebih banyak lagi orang asli di Malaysia selain bangsa Cina, Melayu dan India.”
“Saya rasa agak marah sikit mereka memasukkannya (Francisca) dalam rumah kampung itu. Pakaian Orang Ulu dan Iban kita sepuluh kali ganda lebih indah, layak menang dan berhak untuk ditunjukkan di pentas pertandingan ratu bertaraf antarabangsa.”
Might get attacked for this, but these traditional costumes are waaayyy better than the angkut rumah papan bullshit. I feel like they really missed out on the opportunity to showcase the ACTUAL beauty of Borneo, Malaysia. And that’s a damn shame 🙂 https://t.co/DMfve0s7Xl
— 🇲🇾🇵🇸 lemang pendek 🇲🇾🇵🇸 (@imzanamia) May 17, 2021
💯. MUMO missed the boat to showcase Frans’ indigenous background (pua kumbu, ngepan Iban, and more).
Pasal National Costume: some PLs in Misso commented that NDs were told beforehand that NCs should be carried by the girls themselves, not involve MU staff. https://t.co/eWdxp7AaY4
— Lim Yi Wei 林怡威 🇲🇾 (@LimYiWei4MY) May 18, 2021
Francisca is so proud to be the first indigenous Miss Universe Malaysia. Being a mix of Iban and Org Ulu, there are so many cultures to show to represent her identity, but what are the random doll and bicycle doing on her head…. https://t.co/vLrqkIl978
— Raff. (@CheauMei) May 17, 2021
“Mumo tak pernah dengar. Selalu mahu “go big or go home” tapi NatCos sepatutnya sederhana dengan unsur-unsur Malaysia. (Francisca) boleh sahaja bawa kostum tradisional Iban atau Orang Ulu dan mungkin dimodenkan sedikit, itu sahaja cukup untuk NatCos.”
Namun, ada yang menyatakan bahawa pihak MUMO tidak dapat memilih NatCos yang diilhami Borneo kerana mempunyai persamaan dengan Indonesia. Ia memerlukan penyesuaian besar untuk membezakan kedua-dua negara tersebut.
Im so sorry not to hate tapi kostum borneo ini sudah pernah dipakai oleh kontestan Malaysia beberapa tahun silam dan kebetulan sama-sama dipakai oleh Indonesia, jadi mungkin kalau mau dibawa lagi ke tingkat Internasional harus dilakukan improvement besar-besaran.
— 🍎⃢🍏 ⃢🍋 ⃢🍇 Adikaguna (@AdiKaGuna) May 17, 2021
Pendapat?
Reaksi NatCos bercampur. Walaupun ada yang setuju bahawa NatCos yang seharusnya terpilih untuk bertanding harus berkaitan dengan latar belakang budaya Francisca, ada yang berpendapat bahawa keputusan untuk tidak melakukannya adalah untuk mengelakkan mix up dengan negara jiran kita iaitu Indonesia (mereka juga mempunyai suku kaum Dayak dan Orang Ulu).
Pageant Lovers (PL) sememangnya tahu lebih banyak mengenai apa yang berlaku dan lebih disukai dalam pertandingan kecantikan, tetapi wakil negara juga mewakili komuniti dan masyarakat di luar sekadar pertandingan ratu cantik.
Mereka mewakili komuniti yang sering tidak dipandang, mungkin dilupakan atau dibayangi. Orang-orang ini sering merangkumi komuniti di kawasan luar bandar, di mana mereka biasanya tidak diberi perhatian pada peluang yang diberikan.
Setiap kali orang menyebut tentang Malaysia, tiga kaum pertama terlintas di fikiran iaitu Melayu, Cina dan India. Ini akan menjadi kesempatan besar untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa terdapat lagi kaum-kaum lain di Malaysia selain dari Melayu, Cina dan India di peringkat antarabangsa.
Walaupun hanya pertandingan kecantikan, tanggungjawab untuk mewakili negara sama besarnya dengan atlet seperti Pandelela Rinong dari Sarawak. Mempunyai wanita pribumi yang mewakili negaranya untuk pertandingan kecantikan antarabangsa sememangnya suatu kehormatan dan peluang yang baik untuk mewakili orang-orang yang dibayangi ini. A beauty pageant is not just a beauty pageant, they represent its people.
But the fact that an indigenous person mewakili budaya yang diilhamkan dari budaya Melayu sangat mengecewakan. Jangan salah faham – walaupun NatCom yang diperagakan Francisca sememangnya cantik dan luar biasa, terbukti bahawa kebanyakan warga Sarawak tidak merasa diwakili kerana konsep Kampungku asing bagi mereka. Nostalgia ‘kampung’ bagi kebanyakan budaya Sarawak adalah rumah panjang tradisional, kediaman tradisional bagi kebanyakan orang Sarawak di kampung halaman mereka. Untuk mempunyai konsep ‘kampung’ dimana komuniti sewarga Francisca sendiri rasa tidak dapat mengaitkannya bukanlah representasi yang tepat bagi sebuah negara yang berbilang kaum.
Oleh itu, ramai orang bersetuju bahawa reka bentuk NatCos terlalu ambitious dan lebih baik untuk photoshoot daripada diperagakan di pentas untuk pertandingan ratu cantik.
Mungkin lain kali MUMO boleh mempertimbangkan untuk go simple but bold untuk pilihan NatCos seterusnya dan tidak terlalu bergantung pada prop. Ia dipanggil ‘Kostum Nasional’ dengan sebab – untuk mewakili budaya suatu negara, di mana setiap komuniti diwakili menerusi kostum yang mempunyai a touch of each of their culture.
Francisca yang berketurunan Kayan dan Iban telah memberikan peluang kepada MUMO untuk mencari ilham dari budaya bukan sekadar dari budaya kaum Melayu, Cina dan India sahaja. Sebagai seorang pribumi, beliau makin digalakkan oleh warganya untuk memperagakan pakaian tradisi yang diubah suai mengikut kesesuaian. The privilege was there. Borneo mempunyai begitu banyak suku dan pakaian tradisional untuk dipilih, untuk dicampur dan dipadankan, there were endless possibilities.
Of course, ini hanya cadagan berdasarkan pendapat-pendapat penyokong sederhana (bukan dari komuniti PL) yang ditemui dalam media sosial.
Tetapi sayangnya, pertandingan sudah berakhir dan kita harus terus move on dan menunggu wakil seterusnya. Semoga suara yang diwakili akhirnya dapat didengar.
Penafian : Artikel ini hanya menggambarkan pandangan peribadi penulis dan bukannya pihak I Love Borneo.