• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk

Oleh
Nazihah AN
18 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk

Individu ini menunjukkan gambar burger yang dipesannya di salah satu cawangan McDonald di Miri.

Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk. Fast food sememang makanan yang mudah disajikan, praktis, diolah dengan cara sederhana dan siap santap dengan waktu relatif cepat. Antara tempat makan fast food yang popular adalah McDonald.

Kalau Mcdonald, antara menunya yang popular semestinya hamburger, bukan? Yelah, dalam hamburger siap ada daging patty, sayur salad, pickle, mayo dan juga bahan-bahan lain untuk menambah rasa diletakkan antara dua roti yang digabungkan.

Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk
Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk. Gambar sekadar hiasan

Harga nak dekat RM20, tapi kenapa isi dalam burger hanya tu je?

Namun lain pula yang diterima oleh pelanggan di Miri ini. Menerusi perkongsian di dalam kumpulan laman Facebook Miri Community, individu ini menunjukkan gambar burger yang dipesannya di salah satu cawangan McDonald di Miri.

Difahamkan bahawa McD cawangan tersebut telah menyajikan hidangan burger Spicy Chicken McDeluxe kepada pelanggannya. Namun, apa yang menjadi isunya adalah apabila burger yang dihidangnya hanyalah roti, daging ayam dan mayo sahaja.

Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk
Sumber: Facebook

Semalam tular dua kali isu yang berbeza di cawangan McD yang sama

Tidak hanya itu, pada hari yang sama juga tular lagi isu di McD cawangan yang sama di mana aiskrim sundae yang dihidangkan kepada pelanggan agak kecil berbanding dengan aiskrim yang biasa dihidangkan oleh McD yang lain.

Menerusi ruangan komen, netizen (yang pernah bekerja di McD) menyatakan bahawa pekerja tersebut menyediakan makanan tidak mengikut SOC (Senarai Semak Pemerhatian/ Station Observation Checklist) seperti yang di dalam gambar yang telah dikongsi tersebut.

Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk
Sumber: Facebook

Tidak cukup semalam, hari ini lagi sekali pelanggan luah kesal menerima pesanan yang tidak memuaskan

Hari ini pula, ulang kembali isu yang sama di mana pelanggan ini turut luah rasa kesal apabila makanan yang dipesannya tidak memuaskan. Yang dipesan adalah Spicy Beef Deluxe, tetapi yang diterima hanyalah roti, daging patty dan mayo sahaja.

Hanya Hidang Daging Patty Dan Mayo, Netizen Mengeluh Servis McDonald Di Miri Makin Teruk
Sumber: Facebook

Hmm.. harap pihak McD Miri boleh selesaikan isu ini secepatnya. Dalam dua hari ni je, dah tiga isu tidak memuaskan berkenaan dengan pesanan yang diterima pelanggan.

Lagi artikel menarik yang anda boleh baca di bawah:

Taraf Tidak Seperti Antarabangsa, Individu Ini Luah Kecewa Keadaan Kuching International Airport
Tinjauan Soal Laksa Terbaik Di Malaysia, Laksa Sarawak Jadi Pilihan Hati Netizen
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MYAirline Lancar Promo Sarawak Super Sale Dengan Tempat Duduk Dan 15KG Bagasi Percuma MYAirline Lancar Promo Sarawak Super Sale Dengan Tempat Duduk Dan 15KG Bagasi Percuma
Next Article Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu 'Lebai Berjubah' Siap Ajak Lepak Bilik Hotel Bekas Miss Universe Sarawak Dedah Diganggu ‘Lebai Berjubah’ Siap Ajak Lepak Bilik Hotel

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?