• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bekas Mufti Perjelas Hukum Mencium Hajarul Aswad, Haram Jika Mendatangkan Masalah

Oleh
Aina Musa
5 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Bekas Mufti Perjelas Hukum Mencium Hajarul Aswad, Haram Jika Mendatangkan Masalah

Ini pandangan daripada bekas mufti

Bekas Mufti Perjelas Hukum Mencium Hajarul Aswad, Haram Jika Mendatangkan Masalah. Satu video tular di media sosial memperlihatkan seorang usahawan dan pempengaruh terkenal membantu isteri dan kakitangan wanita syarikatnya mencium Hajar Aswad semasa menunaikan umrah baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Video berdurasi lebih dua minit itu menunjukkan lelaki tersebut berasak-asak sehingga terpaksa menolak dan menjerit kepada jemaah lain untuk memberi laluan kepada kumpulan jemaah wanita berkenaan mencium Hajar Aswad.

Bekas Mufti Perjelas Hukum Mencium Hajarul Aswad, Haram Jika Mendatangkan Masalah

Tindakannya itu didakwa untuk mendapatkan ‘content’ dan meraih perhatian di media sosial. Malah, situasi itu turut menyebabkan kain ihram yang dipakai terlondeh sehingga menampakkan badannya.

Rata-rata warganet mengecam tingkah laku lelaki terbabit yang dilihat tidak menghormati kesucian tempat ibadat itu. Mereka menyifatkan tindakannya itu sebagai mencari publisiti semata-mata.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengulas insiden tersebut. Menurutnya, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di Mataf agak lengang.

“Hukum mencium Hajar Aswad adalah haram sekiranya membahayakan termasuk menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Zulkifli menjelaskan, tawaf adalah wajib manakala mencium Hajar Aswad hanyalah sunat. Beliau menasihatkan masyarakat supaya meninggalkan trend memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari. Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya,” tegasnya.

Baca lagi artikel menarik:

Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah
AirAsia Tawar Harga Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah
Next Article MP Puncak Borneo Cadang MOTAC Dan Kerajaan Sarawak Kerjasama Pulih Borneo Highland Resort MP Puncak Borneo Cadang MOTAC Dan Kerajaan Sarawak Kerjasama Pulih Borneo Highland Resort

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?