• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Tawar Harga Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri

Oleh
Aina Musa
4 Mac 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
AirAsia Tawar Harga Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri

AirAsia beri diskaun sempena aidilfitri

AirAsia Tawar Harga Tambang Tetap Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri. AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tawaran tersebut bermula hari ini sehingga 17 April depan, melibatkan 122 penerbangan lewat malam untuk 11 destinasi antara Semenanjung ke dua negeri berkenaan.

AirAsia Beri Tawaran Tiket Murah Ke Sabah Dan Sarawak Sempena Aidilfitri

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu melibatkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu, atau Miri; dan Johor Bahru ke Kuching, Sibu, atau Miri dengan tambang tetap RM298 sehala.

Selain itu, bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sandakan, atau Tawau; serta Johor Bahru ke Kota Kinabalu, tambang tetap ditawarkan pada harga RM348 sehala.

“Disember lalu, kerajaan telah menetapkan tambang maksimum RM599 untuk penerbangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak, dan Labuan, terpakai untuk perjalanan tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Kaamatan dan Krismas.

“Ini bagi menjawab aduan mengenai tambang penerbangan sehala melebihi RM1,000, yang membebankan saudara-saudara kita di Sabah dan Sarawak apabila mereka ingin pulang ke kampung.

“Saya mengakui bahawa dasar ini mungkin tidak dapat menampung semua permintaan, tetapi kerajaan melakukan yang terbaik dalam kemampuan kewangannya untuk menyediakan tambang yang berpatutan semasa musim perayaan,” katanya pada Isnin.

Loke berucap pada Majlis Pelancaran Penerbangan Tambang Tetap Hari Raya oleh AirAsia di Sepang.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam.

Sementara itu, Bo dalam kenyataan berasingan berkata, syarikat itu juga mengendalikan 735 penerbangan mingguan dengan tambang biasa ke Sabah, Sarawak dan Labuan sebagai sokongan kepada inisiatif musim perayaan oleh kerajaan.

Menurutnya, penerbangan dengan tambang rendah tetap antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bukan hanya menjadikan perjalanan lebih berpatutan.
Sebaliknya, ujar beliau ia membuktikan komitmen syarikat itu untuk menyokong inisiatif tambang musim perayaan oleh kerajaan.

Baca lagi artikel menarik:

MAG Tawar Tambang Penerbangan Domestik Dari RM79 Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026
Anak Kelahiran Sarawak, Amir Jahari Dinobat Juara AJL38
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecuaian Pemandu Ketika Memotong, 4 Beranak Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Keningau
Next Article AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?