• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah

Oleh
Farisha
5 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Roti Gardenia: Cenderahati Paling Digemari Penduduk Borneo

Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah. Biasanya apabila melawat sesuatu destinasi, orang akan membeli cenderahati seperti keychain atau baju. Namun, bagi penduduk Sabah dan Sarawak di Borneo, mereka lebih tertarik untuk membeli roti Gardenia dari Semenanjung Malaysia.

Baru-baru ini, satu hantaran tular mengenai seorang lelaki dari Sabah bersama rakannya telah mengambil penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan roti Gardenia.

Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah
Lelaki Ini Sanggup Beli Luggage Demi Bawa Roti Gardenia Balik Sabah. Sumber: TikTok

Gardenia sangat rare dijumpai di Sabah

Menerusi perkongsian lelaki itu di laman TikTok, mereka menempah bilik hotel di Bukit Bintang untuk berehat sebelum menyusuri pelbagai lokasi seperti TRX, SOGO dan Mitsui Outlet.

Sebelum pulang ke KK semula, mereka membeli roti jagung Gardenia yang dikatakan jarang dijumpai atau ‘rare‘ di kampung halaman mereka, menurut sumber.

Lelaki itu memuatkan kesemua roti yang dibeli ke dalam bagasi yang dibeli khas untuk tujuan tersebut. Malah, dia mendedahkan sebab berbuat sedemikian kerana roti itu bukan sahaja tidak dijual di sana malahan kalau ada yang menjual pun tersangatlah mahal.

Netizen teruja lihat kesungguhan lelaki itu membeli roti gardenia

Menjengah ke ruanagn komen, ramai meluahkan keterujaan melihat kesungguhan mereka mendapatkan roti kegemaran dalam sehari.

@padilverse

4702KM untuk dapatkan roti gardenia😂 #sabahan

♬ original sound – padilverse – padil kuat menyamar

Walaupun ada yang risau mengenai tarikh luput roti, seorang netizen menjawab roti itu pasti akan habis dengan cepat kerana akan disambar oleh rakan dan keluarga.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Mengapa Orang Sabah Sarawak Lebih Suka Borong Roti Gardenia Dari Semenanjung Malaysia
‘Dah Jadi Buah Tangan Kayangan’, Warga Borneo Kecewa Harga Gardenia Naik Lagi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Lancar Penerbangan Sulung Dari Kota Kinabalu Ke Seoul Korea
Next Article Bekas Mufti Perjelas Hukum Mencium Hajarul Aswad, Haram Jika Mendatangkan Masalah Bekas Mufti Perjelas Hukum Mencium Hajarul Aswad, Haram Jika Mendatangkan Masalah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?