• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dua Spesies Belalang Belukar Baharu Ditemui Di Sabah

Oleh
Farisha
20 Mac 2025
Kongsi
3 Min Bacaan

Saintis Temui Spesies Belalang Belukar Baharu di Sabah – Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Dua Spesies Belalang Belukar Baharu Ditemui Di Sabah. Penyelidikan selama enam tahun di beberapa kawasan di Sabah telah membawa kepada penemuan dua spesies baharu belalang belukar (katydids), sekali gus mengukuhkan lagi kepelbagaian biodiversiti hutan hujan di negeri ini.

Dua spesies ini, Tapiena dimidia yang ditemui di Maliau Basin dan Tapiena munae dari kawasan pedalaman Long Pasia, adalah hasil kajian kolaboratif antara Jabatan Perhutanan Sabah, Lee Kong Chian Natural History Museum (LKCNHM), dan Natural History Museum of Paris, France (MNHN).

Dua Spesies Belalang Belukar Baharu Ditemui Di Sabah
Dua Spesies Belalang Belukar Baharu Ditemui Di Sabah. Sumber foto: The Star

Selain itu, kajian ini turut mencatat penemuan lain seperti rekod lokasi baharu serta deskripsi tentang bunyi panggilan belalang belukar dari keluarga Phaneropterinae. Semua hasil kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal Zootaxa 5604 (4): 505-528 pada 17 Mac lalu.

Kerjasama Saintifik Penting untuk Pemeliharaan Biodiversiti

Ketua Pemelihara Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan menekankan kepentingan kerjasama penyelidikan dalam usaha pemeliharaan biodiversiti, terutama dalam mengkaji serangga tropika yang pelbagai.

“Melalui jaringan dengan pakar saintifik, kita dapat meneroka lebih banyak maklumat menarik tentang hutan hujan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah bahawa data seperti ini membantu dalam memahami lebih lanjut tentang habitat dan ekologi hidupan di hutan Sabah, selain menyokong usaha pemeliharaan hutan simpan terpilih di negeri ini.

Kugan turut mengucapkan terima kasih kepada Sabah Biodiversity Centre, Yayasan Sabah, serta pihak lain yang telah membantu dalam kerja lapangan bagi menjayakan kajian ini.

Enam Tahun Kajian dengan Sokongan Global

Menurut kajian yang diterbitkan, penulis utama Dr Tan Ming Kai (LKCNHM) bersama Dr Tony Robillard (MNHN) telah menjalankan penyelidikan mengenai kumpulan serangga ini sejak 2019 dengan bantuan pelbagai saintis dan penyelidik lain.

Antara individu penting dalam projek ini ialah Dr Arthur Chung (Jabatan Perhutanan Sabah) serta pasukan Entomologi Pusat Penyelidikan Hutan Sabah, termasuk Razy J., Dg. Fazrinah, John LY, Herwin M., dan Azizan A., dengan sokongan daripada Sabah Biodiversity Council.

Menariknya, projek ini turut mendapat dana daripada National Geographic Society, membuktikan kepentingan kajian biodiversiti Sabah di peringkat antarabangsa.

Dengan penemuan ini, Sabah terus memperkukuhkan reputasinya sebagai salah satu lokasi paling kaya dengan biodiversiti di dunia. Jadi, siapa tahu, mungkin masih banyak lagi spesies unik yang masih menanti untuk ditemui di hutan hujan kita.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Spesies Semut Baharu Ditemui Di Sabah, Dinamakan Sempena Pensyarah UMS
Penemuan 26 Spesies Katak Baharu Tahun Ini Di Bumi Kenyalang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gagal Papar Nombor Pendaftaran Motosikal, Remaja 17 Tahun Didenda RM950
Next Article IKEA Rancang Mahu Buka Gedung Fizikal Di Sarawak IKEA Rancang Mahu Buka Gedung Fizikal Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?