• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan

Oleh
Ismail NA
27 Julai 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Baru kenal bidet ke tu?

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan. Jika di Malaysia, pastinya ia sesuatu yang amat leceh sekiranya anda memasuki tandas kering. Dalam erti kata lain, tandas tersebut tidak menyediakan hos atau bidet air untuk mencuci selepas anda menunaikan ‘hajat’.

Isi Isi Penting
  • Baru kenal bidet ke tu?
  • Bidet adalah alternatif terbaharu kepada tisu tandas
  • Kurangkan penggunaan tisu sebanyak 75%
  • Belanja paling kurang RM 1,200 untuk tisu tandas setahun!
  • Cuci guna air lebih ‘bersih’
  • Tak guna bidet sebab mahal
  • Baca juga :

Bahkan, tandas tersebut jarang menjadi pilihan kerana kekurangan dari aspek tersebut. Apatah lagi semasa situasi genting.

Bidet adalah alternatif terbaharu kepada tisu tandas

Walau bagaimanapun, sebuah laman sesawang perkembangan teknologi, Digital Trends, melaporkan bahawa penggunaan bidet di Amerika merupakan alternatif baharu untuk menggantikan tisu tandas. Ini berikutan pelaksanaan perintah berkurung dan memaksa mereka untuk memikirkan jalan yang lebih menjimatkan dan bijak.

Err..okay.

via GIPHY

Kurangkan penggunaan tisu sebanyak 75%

Laporan tersebut turut menyebut bahawa penggunaan bidet iaitu alat yang mengeluarkan air untuk anda mencuci di tandas, dapat mengurangkan penggunaan tisu tandas sebanyak 75% atau lebih.

Di negara Uncle Sam itu, sebuah keluarga memerlukan sekitar 409 gulung tisu tandas biasa. Namun, sejak perintah berkurung dikuatkuasakan, penggunaan tisu tandas ini berkemungkinan diperlukan 24/7. Ini menjadikan jumlah penggunaan meningkat kepada 140% berbanding penggunaan hari biasa.

Belanja paling kurang RM 1,200 untuk tisu tandas setahun!

Jumlah ini bersamaan dengan sekurangnya-kurangnya USD 300 atau RM 1,200 setahun! Itu pun untuk tisu tandas yang mempunyai kualiti yang paling rendah. Jika inginkan tisu tandas yang lebih berkualiti, mereka harus membelanjakan jumlah yang lebih besar dari itu.

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan
Sumber : The Wall Street Journal

Kini, mereka baru menyedari bahawa penggunaan bidet jauh lebih jimat kerana hanya menggunakan sejumlah 1/8 gelen air untuk satu kali cucian berbanding penghasilan segulung tisu tandas yang menggunakan 37 gelen air, 1.3 KWh elektrik dan 0.6 gram kayu.

Cuci guna air lebih ‘bersih’

Kebanyakan warga Amerika juga bersetuju bahawa mereka berasa lebih ‘bersih’ setelah menggunakan air melalui bidet berbanding tisu tandas yang hanya sekadar mengalihkan bakteria di kawasan tersebut. Tambahan, hanya 3 helai tisu tandas sahaja digunakan untuk mengeringkan anggota selepas cucian.

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan
Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan

Tak guna bidet sebab mahal

Bidet tidak begitu popular di Amerika sebelum ini kerana ramai di antara mereka yang tidak terbiasa dengan sensasi dingin apabila tiba-tiba dicuci menggunakan air. Penggunaan air dalam tandas menyebabkan lantai tandas licin dan kotor. Satu lagi faktor ialah harganya yang agak mahal untuk sebuah bidet.

Namun, jika bidet yang berharga dalam lingkungan RM 500 ke RM 5,000 (harga Amerika) boleh digunakan selama bertahun-tahun, apa salahnya kan? Berbanding anda berbelanja tisu tandas pakai buang RM 1,000 untuk setahun.

Jika mereka lebih bijak dan tidak mahu berbelanja lebih, pasang sahaja paip air biasa di sebelah tandas dan sambungkan hos seperti di kebanyakan rumah orang Asia.

Belanja RM 1K Setahun Untuk Tisu Tandas, Amerika Baru Sedar Cuci Guna Air Lebih Menjimatkan

Pilihan di tangan orang Amerika. Yang penting, lebih bersih dan mesra alam sekitar.

Apa komen anda? Adakah anda lebih suka tisu tandas atau air? Kongsikan pandangan anda di laman komen.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen Sihat Bukan Bermaksud Tidak Positif, Staf Kesihatan Ini Tampil Beri Nasihat Kepada Netizen
Next Article Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?