• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pegawai Kanan ATM Sarawak Disiasat Belasah Anggota Bawahan Hingga Cedera

Oleh
Aina Musa
8 Mac 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pegawai Kanan ATM Sarawak Disiasat Belasah Anggota Bawahan Hingga Cedera

ATM sahkan terima laporan daripada pengadu

Pegawai Kanan ATM Sarawak Disiasat Belasah Anggota Bawahan Hingga Cedera. Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan telah menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak, terhadap seorang lagi pegawainya.

Markas TDM dalam kenyataan semalam memaklumkan laporan polis telah dibuat mangsa pada Ahad lepas, berikutan kejadian yang didakwa berlaku semasa mangsa sedang menjalani latihan peringkat formasi dan laporan berkenaan telah tular di media sosial.

Pegawai Kanan ATM Sarawak Disiasat Belasah Anggota Bawahan Hingga Cedera. Sumber: Astro Awani

“Laporan tersebut mendakwa mangsa telah ditampar di bahagian kiri muka dan ditendang di bahagian perut oleh pegawai kanan berkenaan, sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan pada tisu lembut di atas mata dan trauma tumpul.

“Pihak kami menegaskan organisasi ini akan menubuhkan lembaga siasatan peringkat dalaman untuk mengenal pasti antara punca kejadian, bagi menilai secara profesional dan terperinci berhubung dakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Laporan pengadu

Menurut kenyataan TDM sebagai tindakan, pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan TDM melaksanakan siasatan secara telus dan menyeluruh.

“Sekiranya terbukti terdapat unsur salah laku dan guna kuasa seperti yang didakwa, pihak kami akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan arahan TDM yang sedia ada,” katanya.

Kenyataan TDM memaklumkan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, memandang serius berkenaan dakwaan itu dan akan berusaha mengenal pasti punca kejadian serta tidak akan berkompromi terhadap pelaku, jika terbukti bersalah tanpa mengira pangkat dan jawatan.

“TDM berharap agar semua pihak tidak menularkan laporan berkenaan dan tidak meninggalkan sebarang komen negatif, yang boleh mengganggu proses siasatan sehingga selesai dilaksanakan,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Bekas Pegawai Kewangan Jabatan Kebajikan Sarawak Didakwa Pecah Amanah Melibatkan RM15 Juta
Wanita Di Kuching Dakwa Wang Simpanan Bernilai RM30K Dalam Tabung Haji Lesap
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dakwaan Wanita Di Kuching ‘Hilang’ RM30K Dari Tabung Haji Sebenarnya Dipindah Ke Akaun Bank Sendiri
Next Article Premis Kotor Dan Ada Najis Tikus, Dua Restoran Di Jalan Batu 3 Kuching Diarah Tutup Premis Kotor Dan Ada Najis Tikus, Dua Restoran Di Jalan Batu 3 Kuching Diarah Tutup

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?