• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

“Beli Sendiri Make Up Di Kedai Eco,” Netizen Terkedu MUA Dari Sabah Ini Ditawarkan RM40 Saja

Oleh
ILB - AI
24 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
"Beli Sendiri Make Up Di Kedai Eco," Netizen Terkedu MUA Dari Sabah Ini Ditawarkan RM40 Saja

Alamak, masih lagi ke orang tawar bajet tak sampai RM50 untuk servis make up??

“Beli Sendiri Make Up Di Kedai Eco,” Netizen Terkedu MUA Ini Ditawarkan RM40 Saja. Pada zaman sekarang, ramai orang mengenakan bayaran lebih untuk perkhidmatan masing-masing dan ia adalah untuk alasan yang kukuh. Kos sara hidup kini lebih tinggi dan ia adalah mustahil untuk hanya bergantung dengan kurang daripada RM100 untuk bertahan dalam masa seminggu.

Bagi make-up artist (MUA) malang ini, bukan sahaja beliau baru saja mengalami pembatalan saat akhir beberapa hari lalu daripada pelanggan lain, beliau baru-baru ini telah dihubungi oleh seorang wanita yang hanya sanggup membayar RM40 untuk perkhidmatannya! Terlampau murah ba itu!

“Beli Sendiri Make Up Di Kedai Eco,” Netizen Terkedu MUA Dari Sabah Ini Ditawarkan RM40 Saja

“Saya mau yang simple2 ja ba,” – wanita berkenaan

Menurut Quinn Mengs Stories (atau juga dikenali sebagai Farah Zira) menerusi Facebook, beliau baru-baru ini dihubungi oleh seorang wanita melalui WhatsApp yang mahukan khidmatnya untuk sebuah majlis nikah pada 14hb June ini.

Selepas bertanya kepada wanita itu berapa bajetnya, wanita itu hanya menawarkan RM40, dengan alasan make up yang diingininya ‘simple’ sahaja.

Kredit foto: FB Quinn Mengs Stories

Selepas menjelaskan bayarannya terlalu rendah atas sebab Farah tinggal jauh dari wanita itu dan hanya boleh menawarkan harga yang lebih rendah jika wanita itu datang kepadanya, wanita itu menjawab dia sebagai pengantin tidak boleh keluar. Dia juga bertanya sama ada Farah menawarkan contact lenses percuma!

Pada pendapat min, ini adalah pertama kali min dengar pelanggan tanya MUA ada offer free contact lenses ke tak!

Farah juga menyatakan bahawa beliau boleh mempertimbangkan untuk menyediakan bulu mata palsu, tetapi apabila ditanya berapa kos perkhidmatannya untuk solekan nikah (iaitu RM150, tidak termasuk pengangkutan), wanita itu memutuskan untuk menawarkan hanya RM50 sahaja.

Kredit foto: FB Quinn Mengs Stories

“Suruh dia pegi beli sendiri make up di Kedai Eco,” – netizen

Sejak dimuat naik semalam, perkongsian Farah telah mendapat 810 perkongsian dan 357 komen, dengan rata-rata netizen berpendapat bahawa tawaran wanita itu terlampau rendah.

Malah, ada juga yang menyatakan bahawa dengan bajet RM40 itu, lebih baik wanita tersebut pergi sahaja ke kedai dan membeli make up dia sendiri.

Sementara itu, sebilangan netizen berkata wanita tersebut nampaknya jenis yang bergantung pada barang percuma.

Kredit foto: FB Quinn Mengs Stories
Kredit foto: FB Quinn Mengs Stories
Kredit foto: FB Quinn Mengs Stories
Kredit foto: FB Quinn Mengs Stories
Kredit foto: FB Quinn Mengs Stories

Jika anda ingin mengupah seseorang untuk perkhidmatan mereka, sila peka terhadap kos yang dikeluarkan (barang yang digunakan serta pengangkutan) dan hormati harga orang itu jika anda benar-benar ingin mengupah mereka.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang
Next Article Lagak 'Kebal' Sempat Dirakam Netizen, Dua Pelajar Sekolah Berani Langgar Lampu Merah Di Kuching Lagak ‘Kebal’ Sempat Dirakam Netizen, Dua Pelajar Sekolah Berani Langgar Lampu Merah Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?