• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang

Oleh
Husna Hazmi
24 Mei 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Comel betul lah Alpaca ni!

Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang. Suatu ketika dahulu pernah viral di setiap akaun sosial media dengan gelagat lucu dan kecomelan alpaca ini.

Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang
Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang. Kredit gambar: @alpacaclubsabah

Alpaca sering disalah anggap sebagai Llama

Alpaca merupakan haiwan berasal dari Amerika Selatan sering disalah anggap sebagai Llama hanya kerana mereka daripada keluarga Lamoid yang sama. Namun kedua-dua haiwan ini berbeza dan antara perbezaan ketaranya adalah saiz alpaca adalah lebih kecil berbanding Llama.

Buat pencinta haiwan mahupun sesiapa yang sedang mencari tempat riadah untuk dikunjungi seisi keluarga pada masa lapang, anda boleh singgah ke Kelab Alpaca terletak di Jalan Cinta Mata, Kampung Mesilou, Kundasang, daerah Ranau di Sabah.

Kelab Alpaca ini amat sesuai terutama buat keluarga, kerana terdapat juga tempat penginapan yang tersedia di sana. Kelab Alpaca ini terletak kira-kira 200 meter di bahu jalan (pintu masuk di sebelah kanan jika anda menuju ke Kampung Ladang Tenusu ).

Dibuka bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang untuk para pengunjung, terdapat slot masa lawatan yang telah ditetapkan iaitu selama 20 minit. Para pengunjung akan diberikan penerangan tentang alpaca, membelai mereka, memberi makan dan bergambar sebagai kenang-kenangan.

Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang
Jom Bermesra Sambil Mengenali Haiwan Comel Alpaca Di Kundasang. Kredit gambar: @alpacaclubsabah

Tips-tips penting ketika melawat Alpaca

Sebelum anda berkunjung di sini, pastikan anda ingat tips-tips penting ketika melawat Alpaca. Antaranya adalah, anda perlu memastikan diri anda terlalu dekat, di hadapan atau di belakang haiwan tersebut ketika menghampirinya. Hal ini kerana Alpaca boleh menendang atau meludah jika merasa dirinya terancam.

Alpaca juga tidak suka dipegang dengan kasar, terutama sekali di bahagian ekor dan telinganya dan yang akhir sekali adalah jika hujan, lawatan akan dibatalkan.

Jadi tunggu apa lagi? Jom kita berkunjung ke Alpaca Club untuk melihat alpaca yang fluffy dan comel ini!

Ini tempat menarik lagi gempak di Sabah yang anda perlu terokai:

SUMBER :Kundasang.my
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga Harga Pasaran Dipantau Sempena Hari Gawai, Lapan Barang Ini Disenarai Dalam Skim Kawalan Harga
Next Article "Beli Sendiri Make Up Di Kedai Eco," Netizen Terkedu MUA Dari Sabah Ini Ditawarkan RM40 Saja “Beli Sendiri Make Up Di Kedai Eco,” Netizen Terkedu MUA Dari Sabah Ini Ditawarkan RM40 Saja

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?