• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Temui Serpihan Kaca Botol Bir Dalam Sungai, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa

Oleh
ILB - AI
23 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Temui Serpihan Kaca Botol Bir Dalam Sungai, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa

Jagalah kebersihan alam sekitar kita

Temui Serpihan Kaca Botol Bir Dalam Sungai, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa. Bayangkan anda sedang bermandi-manda di sungai – tiba-tiba anda merasakan sakit yang tajam di tapak kaki anda. Anda mengangkat kaki anda dan anda melihat darah mengalir keluar. Anda kemudian menyedari puncanya disebabkan serpihan kaca.

Perkara ini boleh terjadi jika tidak kerana perhatian seorang lelaki ini.

Dalam satu perkongsian di Facebook, seorang lelaki berkongsi bahawa beliau menjumpai serpihan kaca botol bir yang berada di dalam sungai dan beliau terpaksa mengutipnya satu demi satu untuk mengelak pengunjung sungai lain mengalami pengalaman yang tidak menyenangkan di sungai itu.

Temui Serpihan Kaca Botol Bir Dalam Sungai, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa

“Minum tak salah tapi sikap tak bertanggungjawab buang botol arak yang membuat ku rasa sedih,” – netizen

Menurut Xiao Luing Nhu Quynh, beliau terjumpa serpihan kaca botol bir ketika berada di Air Terjun Klimau di Miri.

Yang lebih mengerikan, serpihan kaca tersebut ditemui di bahagian sungai yang biasa dikunjungi orang ramai untuk mandi.

Bahagian sungai di mana serpihan kaca itu dijumpai. Kredit foto: FB Xiao Lung Nhu Quynh

Katanya lagi, beliau menemui serpihan itu apabila tersentuh salah satu daripadanya dan kemudian memutuskan untuk mengutipkannya satu persatu.

Apa yang lebih mengejutkan adalah serpihan yang dikutipnya bukan jumlah yang sedikit tetapi boleh muat satu kotak!

Serpihan kaca yang ditemui. Kredit foto: FB Xiao Lung Nhu Quynh
Bekas minuman keras berhampiran sungai. Kredit foto: FB Xiao Lung Nhu Quynh

Sila bawa balik sampah anda, jangan ditinggalkan di sana

Rata-rata netizen berpendapat individu yang meninggalkan botol-botol bir tersebut tidak bertanggungjawab langsung kerana meninggalkan sampah mereka serta berpotensi membahayakan pengunjung sungai lain.

Mereka juga menyatakan bahawa setiap orang mesti bertanggungjawab ke atas barangan mereka sendiri, termasuk sampah mereka apabila mereka pergi berkelah.

Kredit foto: FB Xiao Lung Nhu Quynh
Kredit foto: FB Xiao Lung Nhu Quynh
Kredit foto: FB Xiao Lung Nhu Quynh

Nasib baik lelaki ni cepat2 sedar ada serpihan kaca dalam sungai! Kepada pengujung sungai (atau mana-mana tempat berkelah), sila pastikan kebersihan tempat dijaga dan sentiasa bertanggungjawab atas barang anda (termasuk sampah).

Jika tiada tong sampah disediakan di sana, sila masukkan semua sampah anda ke dalam satu beg plastik besar untuk dibawa ke tong sampah terdekat semasa anda pulang ke rumah.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Siap 82 Peratus, Lebuh Raya Trans Borneo Sarawak-Sabah Dijangka Siap 5 Tahun Akan Datang Siap 82 Peratus, Lebuh Raya Trans Borneo Sarawak-Sabah Dijangka Siap 5 Tahun Akan Datang
Next Article Wanita Asia Pertama Pegang Jawatan Dalam Kabinet, Anak Sabah Ini Jadi Menteri Luar Australia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?