• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Beli Tiket Dulu Sebelum Mohon Kebenaran, Ini Prosedur Terkini Kemasukan Ke Sarawak

Oleh
ILB - AI
5 November 2020
Kongsi
5 Min Bacaan
Beli Tiket Dulu Sebelum Mohon Kebenaran, Ini Prosedur Terkini Kemasukan Ke Sarawak

Berdasarkan pengalaman rakyat Sarawak yang baru pulang semasa PKPB di Semenanjung Malaysia

Beli Tiket Dulu Sebelum Mohon Kebenaran, Ini Prosedur Terkini Kemasukan Ke Sarawak. Sekiranya anda tidak tahu, warga Sarawak yang ingin kembali ke negeri dikehendaki untuk mengisi EnterSarawak untuk dibenarkan pulang.

EnterSarawak boleh didapati sebagai aplikasi atau anda boleh mengisinya secara dalam talian.

Untuk rakyat Sarawak yang perlu pulang ke Sarawak, berikut adalah prosedur terkini kemasukan ke negeri. *Berdasarkan pengalaman rakyat Sarawak yang baru pulang semasa PKPB di Kuala Lumpur.

Beli Tiket Dulu Sebelum Mohon Kebenaran, Ini Prosedur Terkini Kemasukan Ke Sarawak

Prosedur EnterSarawak

**Kemasukkan dari Sabah dan Labuan untuk orang bukan warga Sarawak tidak dibenarkan sehingga 15 November 2020.

Yang pertama, anda dikehendaki untuk membeli tiket penerbangan ke Sarawak terlebih dahulu sebelum mengisi EnterSarawak.

Contoh flight itinerary. Dokumen ini perlu dilampirkan dalam EnterSarawak.

Setelah membeli tiket penerbangan anda, pastikan anda mempunyai surat sebab anda perlu pulang ke Sarawak. Surat ini boleh dikeluarkan oleh majikan yang telah mengarahkan anda untuk pulang untuk tujuan kerja ATAU atas alasan anda sendiri (urusan keluarga, pelajar yang kembali, perniagaan peribadi dll.)

Contoh surat dari majikan yang mengarahkan anda untuk kembali bekerja.
Contoh surat buatan sendiri untuk melakukan pergerakan semasa PKP. Kredit: appkerja Malaysia

Seterusnya, pergi ke balai polis terdekat anda untuk mendapatkan permit. Surat sebab anda perlu pulang akan diperlukan untuk menjelaskan kepada polis mengapa anda perlu kembali ke Sarawak.

Setelah mendapat permit polis, anda boleh mula mengisi EnterSarawak (melalui aplikasi atau menerusi http://sdmc.sarawak.gov.my/). Anda dikehendaki melampirkan dokumen berikut:

  • ITINERARY PENERBANGAN (TIKET)
  • SALINAN IC (DEPAN DAN BELAKANG)
  • SURAT SEBAB PERLU PULANG KE SARAWAK
  • PERMIT POLIS

Setelah membuat demikian, anda perlu menunggu kelulusan. Biasanya, anda harus menunggu sekitar 24 hingga 48 jam, jadi anda disarankan untuk membeli tiket penerbangan sekurang-kurangnya seminggu sebelum merancang untuk terbang.

Setelah anda diluluskan, disarankan agar anda mencetak surat kelulusan yang mempunyai Kod QR. Kod QR ini akan diimbas di lapangan terbang (departure) sebagai bukti kebenaran anda untuk memasuki Sarawak.

Anda perlu juga mengisi e-Health Declaration Form setibanya anda di lapangan terbang sebelum melakukan penerbangan ke Sarawak. Anda boleh juga mengisi borang ini sebelum anda pergi ke lapangan terbang namun borang ini hanya akan sah selama 12 jam sahaja.

Setibanya anda di mana-mana lapangan terbang di Sarawak, tunjukkan halaman kod QR anda kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

Kod QR perlu diimbas apabila melakukan penerbangan ke Sarawak. Kredit: The Borneo Post

Prosedur Kuarantin

Untuk warga Sarawak, kos kuarantin dan ujian saringan Covid-19 akan ditanggung oleh kerajaan Sarawak.

Untuk bukan warga Sarawak, kos kuarantin dan ujian saringan Covid-19 akan ditanggung sendiri.

Setibanya anda di Sarawak, anda dikehendaki menjalani kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin yang ditentukan semasa ketibaan.

Sampel Covid-19 akan diambil dua (2) kali. Kali pertama adalah pada hari ke-2 dan kali kedua adalah pada hari ke-10.

Anda akan menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin sehingga keputusan sampel pertama keluar. Sekiranya anda didapati negatif, anda akan meneruskan baki kuarantin anda di rumah di bawah Home Surveillance Order (HSO).

Selama tempoh ini, anda wajib duduk di rumah dan tidak keluar sehingga sampel Covid-19 kedua diambil. Anda juga akan diberi gelang sebagai petunjuk anda di bawah pesanan HSO.

Anda akan ditanya sekiranya anda tinggal bersama ahli keluarga terutamanya yang mempunyai kanak-kanak atau warga emas. Ahli keluarga anda juga akan dikenakan kuarantin di rumah – borang akan diberikan kepada mereka yang memerlukan mereka menandatangani sebagai perjanjian untuk menjalani arahan.

Take note, selagi keputusan anda adalah negatif (berdasarkan sampel kali pertama), ahli keluarga anda tidak diwajibkan menjalani ujian saringan. Selama tempoh ini, ahli keluarga anda diminta untuk tinggal di rumah dan tidak keluar.

Sekiranya anda tinggal bersama dua kumpulan berisiko (kanak-kanak dan / atau warga emas), anda disarankan untuk sambung kuarantin di pusat kuarantin yang telah ditetapkan.

Pengalaman sumber yang baru-baru ini kembali ke Sarawak dari Semenanjung Malaysia.

Setelah menjalani ujian swab pada hari ke-10 dan didapati negatif, tempoh kuarantin anda akan berakhir.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew
Next Article Lelaki Terselamat Daripada Hampir Dibaham Buaya Setelah Mencucuk Mata Reptilia Itu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?