fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Filem ‘Roh’ Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars)

Kedung BK Oleh Kedung BK
4 November 2020
Filem 'Roh' Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars)
Share on FacebookShare on Twitter

Dipilih untuk mewakili Malaysia dalam kategori International Feature Film

Filem ‘Roh’ Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars). Setakat tahun 2020, sebanyak enam filem telah diserahkan untuk Anugerah Akademi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik, tetapi belum mendapat pencalonan Oscar.

Pertama kali Malaysia menyerahkan sebuah filem ke anugerah filem berprestij itu adalah pada tahun 2003 iaitu Puteri Gunung Ledang. Tiada filem diserahkan hingga 2012, di mana sebuah filem iaitu ‘Bunohan’ yang diarahkan oleh Dain Said dihantar untuk bertanding namun gagal untuk ditetapkan sebagai calon.

Kali ini pula, filem ‘Roh’ yang diarahkan oleh Emir Ezwan telah dipilih untuk mewakili Malaysia dengan harapan dapat diterima sebagai calon dalam kategori Filem Feature Antarabangsa.

Filem 'Roh' Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars)
Filem ‘Roh’ Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars)

Acara berprestij itu akan diadakan pada 25 April 2021

Filem terpilih itu dihasilkan oleh Kuman Pictures Sdn Bhd dan keputusan untuk memilih filem terbabit untuk mewakili Malaysia dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Filem FINAS yang terdiri daripada pemain industri tempatan.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Pay Kini Dapat Digunakan Untuk Transaksi Pembayaran Antarabangsa

TERKINI: Sarawak Catat 361 Kes Positif COVID-19 Hari Ini, Tertinggi Pernah Dicatatkan

“Pemilihan itu melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria penggambaran seperti arah, jalan cerita, sinematografi, lakon layar, lakonan, skor muzik, elemen seni dan penyuntingan selain mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh penganjur OSCARS,” kata wakil FINAS.

FINAS melalui Jawatankuasa telah membuka penyertaan kepada pihak berkepentingan tempatan untuk memasukkan karya mereka untuk dipertimbangkan untuk mewakili Malaysia di OSCARS ke-93 dalam kategori ini dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Filem 'Roh' Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars)
Salah satu scene dalam filem ‘Roh’. Kredit: Malay Mail

Sejak 2004, Malaysia telah menghantar satu filem untuk bertanding di OSCARS kerana setiap negara telah diminta untuk mencalonkan satu filem tempatan untuk bertanding dalam kategori ini.

Filem ‘Roh’ adalah filem seram yang mengisahkan tentang kedatangan bayi perempuan yang membawa ramalan buruk dan kejadian aneh kepada keluarga miskin yang tinggal di hutan, suatu ketika dahulu. Ia ditayangkan di panggung wayang pada 6 Ogos 2020 di Malaysia dan Singapura.

Sebelum itu, ia ditayangkan buat pertama kali di Festival Filem Antarabangsa Singapura dan Festival Filem Asia Jogja-Netpac pada bulan November 2019.

Filem 'Roh' Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars)
Filem ‘Roh’ akan menjadi filem ke-6 yang dipilih untuk mewakili Malaysia di OSCARS.

Lagi di sini:

SUMBER : BERNAMA
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy