• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew

Oleh
Ismail NA
4 November 2020
Kongsi
5 Min Bacaan

Alhamdulillah.

Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew. Hati siapa yang tidak susah mengenangkan nasib ditipu kerja dan tempat tinggal di tempat orang. Apatah lagi masih ada anak kecil yang perlu disara dan diberi pendidikan yang sepatutnya.

Isi Isi Penting
  • Alhamdulillah.
  • Bawa haluan ke Kuala Lumpur setelah berpisah dengan suami, keluarga ini merempat sejak 3 bulan lalu
  • Ustaz Ebit hadiahkan rumah, tawar pekerjaan di Elewsmart
  • Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, tabung bantuan kendalian Ustaz Ebit Lew
  • Baca lagi beberapa kisah inspirasi Ustaz Ebit Lew yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Nasib malang ini telah menimpa sebuah keluarga dari Sarawak yang tular minggu lalu kerana ditinggalkan merempat setelah tidak diberi pekerjaan dan tempat penginapan seperti yang dijanjikan.

Atas keprihatinan orang awam, nasib yang menimpa keluarga ini akhirnya sampai ke pengetahuan Ustaz Ebit Lew. Beliau yang giat memberikan sumbangan serta bantuan kepada yang memerlukan terus melawat keluarga tidak berbapa tersebut.

Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew
Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew
Sumber foto : FB Ustaz Ebit Lew

Bawa haluan ke Kuala Lumpur setelah berpisah dengan suami, keluarga ini merempat sejak 3 bulan lalu

Menerusi muat naik status Ustaz Ebit Lew di laman Facebooknya, keluarga tersebut terdiri daripada seorang ibu, serta 4 orang anak yang mana salah seorangnya merupakan bayi kecil. Keluarga tersebut khabarnya telah ditipu untuk diberikan pekerjaan dan tempat tinggal di Semenanjung. Namun demikian, mereka sebaliknya dibiarkan terkapai-kapai tanpa tujuan di tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Sayunya hati. Bila ramai hantar mesej pada saya mengenai kakak ini dari Sarawak di tipu mengenai pekerjaan dan tempat…

Posted by Ebit Lew on Saturday, October 31, 2020

Jelas Ustaz Ebit dengan lebih lanjut lagi, keluarga ini telah menginap di beberapa rumah tumpangan di Kuala Lumpur sejak 3 bulan yang lalu. Lebih menyedihkan, mereka hilang tempat bergantung setelah si ibu berpisah dengan suaminya yang merupakan seorang muallaf lalu kemudian membawa haluan ke Kuala Lumpur bersama-sama anaknya.

Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew
Sumber foto : FB Ustaz Ebit Lew

Ustaz Ebit hadiahkan rumah, tawar pekerjaan di Elewsmart

Kemurnian hati Ustaz Ebit Lew akhirnya telah menyelamatkan keluarga ini dengan menghadiahkan mereka sebuah rumah sebagai tempat berteduh, berserta kelengkapan asas lain seperti katil dan tilam. Bukan itu sahaja, mereka juga telah dihadiahkan barangan dapur, makanan, dan keperluan bayi seperti susu dan lampin pakai buang daripada kedai Elewsmart.

Syukur. Keluarga dari Sarawak ini telah selamat semuanya. Adik-adik ni semua cakap bahasa mandarin jer..Dulu sekolah…

Posted by Ebit Lew on Saturday, October 31, 2020

Bantuan daripada lelaki ini juga tidak berakhir di situ. Bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan, Ustaz Ebit telah menawarkan mereka pekerjaan di kedai Elewsmart dan beberapa tempat lain yang turut memberi tawaran pekerjaan serta hadiah belanja.

Anak-anak kecil keluarga tersebut juga akan dimasukkan ke sekolah selepas tamat PKP.

Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew
Sumber foto : FB Ustaz Ebit Lew
Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew
Sumber foto : FB Ustaz Ebit Lew

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, tabung bantuan kendalian Ustaz Ebit Lew

Bagi anda yang belum mengetahui, Ustaz Ebit Lew mempunyai sebuah pertubuhan yang mempunyai misi untuk membantu individu yang berada dalam kesusahan melalui dana Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang ditubuhkannya. Beliau yang terkenal dengan sifat dermawan ini telah menyumbangkan pelbagai bantuan kepada orang-orang yang sedang berada dalam kesusahan.

Malah, sepanjang waktu PKP ini, beliau sanggup menyewa perkhidmatan kapal terbang kargo untuk menghantar bekalan bantuan di Sabah.

Keluarga Dari Sarawak Ditipu Kerja Di Semenanjung Kini Selamat Dibantu Ustaz Ebit Lew
Sumber foto : FB Ustaz Ebit Lew

Sama-sama kita doakan semoga lebih ramai lagi insan berhati mulia seperti Ustaz Ebit Lew tampil untuk membantu masyarakat di luar sana. Kita tidak memerlukan pangkat dan nama untuk berbuat kebaikan, hanya dengan niat dan perbuatan yang baik, cukup besar makna dan nilainya untuk orang yang menerima.

Semoga beliau dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kehidupan yang diberkati oleh Allah SWT.

Bagi anda yang ingin menyumbang ke tabung Pertubuhan Kasih Umat Malaysia kendalian Ustaz Ebit Lew, anda boleh berbuat demikian di nombor akaun yang tertera :

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia – 8603546376 (CIMB)

Baca lagi beberapa kisah inspirasi Ustaz Ebit Lew yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Filem 'Roh' Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars) Filem ‘Roh’ Telah Terpilih Untuk Mewakili Malaysia di Anugerah Akademi Ke-93 (Oscars)
Next Article Beli Tiket Dulu Sebelum Mohon Kebenaran, Ini Prosedur Terkini Kemasukan Ke Sarawak Beli Tiket Dulu Sebelum Mohon Kebenaran, Ini Prosedur Terkini Kemasukan Ke Sarawak

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?