• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri

Oleh
Aina Musa
10 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri

Elak berlakunya rasuah antara penjawat awam negeri

Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri. Kerajaan Sarawak sedang mengkaji kemungkinan menaikkan gaji kakitangan awam negeri sebagai satu cara untuk menghentikan perbuatan rasuah.

Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri
Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri. Sumber: Utusan Sarawak

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendekatan sedemikian adalah serupa dengan apa yang diamalkan di Singapura.

“Penjawat awam tidak dibayar gaji yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ini sekali gus, menimbulkan kecenderungan untuk meminta-minta, wang di bawah meja, salah guna kuasa dan sebagainya,” katanya berucap pada majlis perasmian Hari Integriti Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) di sini, hari ini.

Namun, kajian yang lebih teliti diperlukan

Abang Johari berkata, kenaikan gaji memerlukan kajian teliti kerana kerajaan negeri tidak boleh begitu sahaja mewujudkan jawatan atau mewujudkan sistem gaji.

“Malah faedah pencen sendiri tanpa tertakluk kepada perkhidmatan awam persekutuan.

Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri
Sumber: Utusan Sarawak

“Semua jawatan berpencen tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Persekutuan (JPA) kerana pencen dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Tetapi saya fikir kita mempunyai jalan untuk mengatasi masalah ini untuk memintas keperluan untuk tertakluk kepada JPA dan dengan syarat kita mempunyai ekonomi yang kukuh,” katanya.

Rang undang-undang baharu bakal dirangka

Beliau juga berkata, penyediaan Rang Undang-undang untuk menubuhkan dana kekayaan akan diperkenalkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula 21 November ini.

“Saya akan memperkenalkan tabung kedaulatan, yang juga termasuk dana wakaf.

“Oleh itu, saya berbangga untuk menyebut bahawa Sarawak telah membina asas yang kukuh dengan objektif yang jelas dalam menangani rasuah, tadbir urus dan integriti,” katanya.

SUMBER :Utusan sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mendadak Naik, Covid-19 Di Malaysia Catat 10 Kematian Dalam Tempoh 24 Jam
Next Article Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?