• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah

Oleh
Aina Musa
11 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah

Hinava menu penambah selera

Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah. Hinava atau juga disebut dengan nama Hinava Ginapan adalah salah satu makanan tradisional di Sabah. Ia merupakan makanan tradisi bagi suku kaum Kadazan Dusun.

Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah
Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah. Sumber: Orang Sabah

Hinava merupakan antara makanan yang paling popular dan diminati oleh etnik tersebut sejak turun temurun. Hinava selalunya dihidang semasa menyambut atau meraikan majlis tertentu seperti sambutan Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan, majlis perkahwinan, kenduri, pertunangan dan lain-lain lagi.

Dahulunya hanya dihidangkan pada sambutan keramaian

Selain itu masyarakat suku kaum Kadazan-Dusun biasanya juga menghidangkan hidangan ini pada hari-hari biasa untuk dijadikan makanan tambahan bagi membuka lagi selera ketika makan.

Walaupun ia adalah hidangan tradisional yang pada kebiasaannya dihidang ketika sambutan keramaian etnik Kadazan-Dusun, namun kini terdapat juga restoran biasa dan restoran di hotel-hotel tempatan yang ada menyediakan menu hidangan Hinava.

Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah
Turut dihidangkan di restoran

Ia adalah bertujuan untuk dapat memperkenalkan lagi makanan tradisional etnik di Sabah kepada pelancong dari negeri lain dan juga terutamanya pelancong yang datang dari luar negara.

Diperbuat daripada isi ikan segar

Biasanya hidangan ini dibuat menggunakan isi ikan segar dan isi ikan yang biasanya digunakan adalah seperti isi ikan Yu dan juga isi ikan Tenggiri. Walaubagaimanapun ikan lain boleh juga digunakan sebab ia bergantung pada selera masing-masing.

Kenali Hinava, Sajian Tradisional Popular Masyarakat Kadazan Dusun Di Sabah
Sumber: Unilever Food Solution

Terdapat juga sesetengah masyarakat di Sabah yang menghidangkan hidangan ini dengan menggunakan isi sotong atau udang, jadi boleh dikatakan isi apa pun yang digunakan tetap boleh asalkan ianya adalah makanan laut yang masih fresh.

Isi ikan tersebut tidak perlu di masak kerana perahan limau nipis atau limau kasturi akan memasakkan isi ikan tersebut. Yang penting pastikan untuk bersihkan isi ikan tersebut dengan sebersihnya

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri Bendung Rasuah, Sarawak Kaji Naikkan Gaji Penjawat Awam Negeri
Next Article Hanya Dibayar RM4 Sejam, Luahan Kesedihan Lelaki Ini Undang Kemarahan Netizen Hanya Dibayar RM4 Sejam, Luahan Kesedihan Lelaki Ini Undang Kemarahan Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?