• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Di Kuching, Seorang Anak Tumbuk Dan Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tak Sediakan Makanan

Oleh
Husna Hazmi
24 November 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Kejadian berlaku di Kampung Sinjan Jaya, Kuching.

Di Kuching, Seorang Anak Tumbuk Dan Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tak Sediakan Makanan. Dilaporkan bahawa, seorang pembantu peniaga lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching, semalam kerana menumbuk muka dan mengugut bunuh ibu kandung sendiri, gara-gara tidak disediakan makanan.

Di Kuching, Seorang Anak Tumbuk Dan Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tak Sediakan Makanan
Di Kuching, Seorang Anak Tumbuk Dan Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tak Sediakan Makanan

Tertuduh berusia 29 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan

Tertuduh, Muhammad Ismuie Yusup yang berusia 29 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali sebaik sahaja dua pertuduhan di bawah Seksyen berasingan dibacakan terhadapnya. 

Mengikut pertuduhan pertama di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap ibu kandungnya yang berusia 50 tahun dengan cara menumbuknya di muka menggunakan kedua-dua belah tangannya. 

Sementara itu bagi pertuduhan kedua pula, lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut hendak membunuh ibunya dan seterusnya didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan. 

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukannya pada 25 April lalu, jam lebih kurang 1.45 tengah hari di kediaman mereka di Kampung Sinjan Jaya, Kuching.  Berdasarkan keterangan kes, tertuduh tiba-tiba mengamuk dan bertindak menumbuk muka mangsa kemudian melarikan diri bersama sebilah parang. 

Di Kuching, Seorang Anak Tumbuk Dan Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tak Sediakan Makanan
Gambar sekadar hiasan

Punca kejadian adalah disebabkan si ibu tidak menyediakan makanan untuk tertuduh

Difahamkan, punca kejadian adalah disebabkan mangsa tidak menyediakan makanan untuk tertuduh apabila dia bangun dari tidur. Mangsa yang berasa takut bertindak membuat laporan polis dan tertuduh seterusnya diberkas pihak polis pada 23 September lalu. 

Sebelum dijatuhkan hukum, Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran atas tertuduh dengan mengambil kira fakta kes, berat kesalahan dilakukan, kekerapan kes sedemikian dan mengambil kira hubungan antara tertuduh dan mangsa.

Oleh itu, mahkamah menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara lapan bulan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, penjara enam bulan. Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara tersebut dikuatkuasakan mulai tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 23 September lalu. 

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum (PRU-12) Sarawak Jatuh Pada 18 Disember 2021
Next Article Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda! Bengkel Seni BAGUS SAMASAMA Oleh Kelab Jiwa Seni 9Lives, Teroka Sisi Kreatif Anda!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?