• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berada Dalam Pengaruh Dadah, Lelaki Di Kota Samarahan Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan Ditangkap Polis

Oleh
Husna Hazmi
24 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Lelaki berkenaan telah mengaku berada dalam pengaruh dadah semasa kejadian.

Berada Dalam Pengaruh Dadah, Lelaki Di Kota Samarahan Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan Ditangkap Polis. Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang disyaki menyamun sebuah kedai menjual kek lapis di Medan Universiti Kota Samarahan dengan bersenjatakan pistol mainan telah berjaya ditahan polis pada hari Rabu semalam.

Isi Isi Penting
  • Lelaki berkenaan telah mengaku berada dalam pengaruh dadah semasa kejadian.
  • Suspek dikatakan telah mengeluarkan sepucuk “pistol” dan mengacukannya ke arah juruwang
  • Penangkapan suspek di sebuah hotel bajet di Kuching
  • Mengaku berada di dalam pengaruh dadah semasa kejadian
Berada Dalam Pengaruh Dadah, Lelaki Di Kota Samarahan Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan Ditangkap Polis
Berada Dalam Pengaruh Dadah, Lelaki Di Kota Samarahan Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan Ditangkap Polis. Gambar sebagai hiasan

Suspek dikatakan telah mengeluarkan sepucuk “pistol” dan mengacukannya ke arah juruwang

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Sudirman Kram, kejadian telah dilaporkan berlaku pada 20 Jun lalu sekitar jam 4.41 petang.

Beliau berkata, suspek yang hanya berusia 24 tahun itu memakai topi keledar serta pelitup muka, masuk ke dalam kedai untuk membeli minuman.

“Ketika di kaunter, suspek dikatakan telah mengeluarkan sepucuk “pistol” dan mengacukannya ke arah juruwang sambil mengarahkan agar menyerahkan wang kepadanya.

“Selepas memperoleh sejumlah wang, suspek kemudiannya terus beredar dengan menunggang sebuah motosikal,” jelas beliau di dalam satu kenyataan pada hari ini.

Berada Dalam Pengaruh Dadah, Lelaki Di Kota Samarahan Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan Ditangkap Polis
Gambar sebagai hiasan

Penangkapan suspek di sebuah hotel bajet di Kuching

Sejurus kejadian, laporan polis telahpun dibuat oleh juruwang tersebut dan hasil siasatan membawa kepada penangkapan suspek di sebuah hotel bajet di Kuching sekitar jam 5.20 petang.

“Suspek berjaya ditangkap dan sebuah motosikal yang digunakannya semasa kejadian samun tersebut berjaya dirampas bersama topi keledar dan pakaian.

“Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku melakukan samun tersebut dengan menggunakan pistol mainan yang dibelinya di sebuah kedai runcit,” jelas beliau.

Berada Dalam Pengaruh Dadah, Lelaki Di Kota Samarahan Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan Ditangkap Polis
Gambar sebagai hiasan

Mengaku berada di dalam pengaruh dadah semasa kejadian

Dalam masa yang sama, suspek dipercayai telah mengaku berada di dalam pengaruh dadah semasa kejadian itu.

“Dia kini ditahan reman selama enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun keseksaan,” ujar beliau.

Berdasarkan semakan daripada pihak polis, didapati bahawa suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

“Suspek juga baharu tamat tempoh tahanan di bawah POCA dan ditempatkan di kawasan Bintawa pada 17 April lalu,” tambah beliau lagi.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar 'Raksasa Istana' Akibat Saiznya Yang Besar, Ini Adalah Kisah Eugenia Martinez Digelar ‘Raksasa Istana’ Akibat Saiznya Yang Besar, Ini Adalah Kisah Eugenia Martinez
Next Article Pelajar Tetap Capai Keputusan Cemerlang SPM Walaupun Guru Sabah Ini Terpaksa Hantar Kerja Sekolah Ke Rumah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?