• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelajar Tetap Capai Keputusan Cemerlang SPM Walaupun Guru Sabah Ini Terpaksa Hantar Kerja Sekolah Ke Rumah

Oleh
Ismail NA
24 Jun 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kaedah pembelajaran secara offline terpaksa digunakan akibat capaian internet lemah

Pelajar Tetap Capai Keputusan Cemerlang SPM Walaupun Guru Sabah Ini Terpaksa Hantar Kerja Sekolah Ke Rumah. Semenjak sekolah diarahkan untuk membuat pembelajaran dalam talian, sudah pasti pelajar, ibu bapa dan guru terkesan dengan perubahan kaedah belajar yang kini dikenali sebagai PdPR. Semua pihak bertungkus lumus untuk menjayakan kaedah ini terutamanya tenaga pengajar di sekolah.

Isi Isi Penting
  • Kaedah pembelajaran secara offline terpaksa digunakan akibat capaian internet lemah
  • 13 pelajar Cikgu Anuthra dapat A dalam subjek Kimia SPM
  • Hantar kerja sekolah ke rumah pelajar adalah cara terbaik
  • Baca juga :

Pelbagai cara telah digunakan oleh mereka semenjak kaedah PdPR ini digunakan. Namun, pelbagai cabaran dan aral yang melintang ketika menggukan kaedah PdPR ini tidak mematahkan semangat Anuthra Sirisena, 40, iaitu seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Tenom, Sabah.

Umum mengetahui bahawa kaedah PdPR merupakan kaedah pembelajaran secara atas talian, namun masalah capaian internet yang lemah tidak menghentikan Anuthra daripada memberi ilmu kepada pelajarnya. Beliau gigih membuat kaedah pembelajaran secara “offline” biarpun harus menyediakan modul dan mencari lokasi rumah para pelajarnya di kampung dengan bertanyakan kepada penduduk Kampung Bamban dan Kampung Batu 14, yang terletak kira-kira 40km dari Pekan Tenom.

13 pelajar Cikgu Anuthra dapat A dalam subjek Kimia SPM

Beliau yang merupakan guru mata pelajaran Kimia yang telah berkhidmat selama 16 tahun di sekolah tersebut menyatakan bahawa ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas, bahan PdPR sukar untuk diagihkan berikutan dengan ketiadaan kenderaan awam masuk ke kampung berkenaan. Namun, berkat kegigihan dan kesungguhan beliau untuk membina insan yang berkualiti, seramai 13 orang pelajarnya telah berjaya mendapat A bagi mata pelajaran Kimia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Pelajar Tetap Capai Keputusan Cemerlang SPM Walaupun Guru Sabah Ini Terpaksa Hantar Kerja Sekolah Ke Rumah
Pelajar Tetap Capai Keputusan Cemerlang SPM Walaupun Guru Sabah Ini Terpaksa Hantar Kerja Sekolah Ke Rumah
Sumber : Cikgu Anuthra Sirisena dan Cikgu Ag Alli Ag Omar via Bernama

Sementara itu, Ag Alli Ag Omar, 50, yang merupakan guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort II berkata walaupun beliau risau akan keadaan dan penularan COVID-19 dalam penghantaran bahan pembelajaran PdPR, namun tanggungjawab sebagai seorang guru dalam melaksanakan pembelajaran tetap perlu diteruskan. Beliau menegaskan bahawa prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi agar proses penghantaran bahan pembelajaran PdPR lebih terurus.

Hantar kerja sekolah ke rumah pelajar adalah cara terbaik

Ag Alli yang berasal dari Membakut, Beaufort dan telah bergelar guru sejak 1994 berkata, menghantar bahan PdPR secara manual ke rumah pelajar merupakan pendekatan terbaik buat masa sekarang bagi pelajar yang kurang berkemampuan untuk menyediakan alat peranti kepada pelajar, selain mengalami masalah capaian internet yang lemah. Namun, beliau berkata cabaran utama dalam menggunakan bahan pembelajaran secara manual adalah para pelajar tidak dapat menyiapkan dan menghantar kerja-kerja tepat pada masanya.

Pendekatan psikologi juga perlu digunakan bagi melembutkan hati pelajar untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberikan, ujarnya lagi. Beliau juga menjelaskan bahawa dua orang daripada 36 pelajarnya telah mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu 2020.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Semoga kawasan pedalaman di Malaysia mendapat liputan internet secepat yang mungkin.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berada Dalam Pengaruh Dadah, Lelaki Di Kota Samarahan Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan Ditangkap Polis
Next Article Daftar Vaksin Via MySejahtera, Anda Layak Terima 1 Minuman Percuma Daripada Chatime

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?