• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berang Pasar Raya Terkenal Tak Bagi Plastik, Netizen Sekolahkan Individu Ini

Oleh
Aina Musa
15 Januari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Berang Pasar Raya Terkenal Tak Bagi Plastik, Netizen Sekolahkan Individu Ini

Anggap kempen tiada plastik beg tak masuk akal

Berang Pasar Raya Terkenal Tak Bagi Plastik, Netizen Sekolahkan Individu Ini. Sudah lama kita mendengar tentang kempen tiada beg plastik yang dilaksanakan oleh beberapa pasar raya dan kedai serbaneka di seluruh negara.

Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan penggunaan beg kitar semula dan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Namun, masih ada segelintir individu yang tidak memahami kepentingan kempen ini dan merungut apabila tidak diberikan plastik percuma di pasar raya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Facebook mendakwa seorang individu yang berang kerana tidak diberikan plastik untuk menyimpan barang-barang yang dibelinya di sebuah pasar raya terkenal di Kuching.

Berang Pasar Raya Terkenal Tak Bagi Plastik, Netizen Sekolahkan Individu Ini. Sumber: Facebook

Individu tersebut menganggap kempen tiada beg plastik sebagai sebuah ‘larangan’ yang tidak masuk akal dan menyusahkan pelanggan.

Mana tidaknya, sudahlah harga barang mahal, pihak pasar raya pula mengambil kesempatan dengan mengenakan cas kepada pelanggan yang meminta plastik tambahnya.

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya mengecam sikap individu tersebut.

Ramai yang menyatakan bahawa individu tersebut sepatutnya membawa beg kitar semula sendiri atau membeli beg kitar semula yang disediakan oleh pasar raya tersebut.

Netizen juga menjelaskan bahawa kempen tiada beg plastik bukanlah untuk menjana keuntungan bagi pasar raya, tetapi untuk melindungi alam sekitar daripada pencemaran plastik.

Plastik sekali guna adalah salah satu punca utama pencemaran laut dan tanah, yang boleh membahayakan hidupan laut dan kesihatan manusia.

Baca lagi artikel menarik:

Lelaki Tergamam, Bakal Isteri Minta Tanggung Tiket Penerbangan Rombongan Keluarga Dari Sarawak
Persoal Berbilion Dana Kerajaan, Ibu Bapa Kumpul RM1 Beli Kipas Sekolah Daif Di Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Resepi Sagon Kelapa Guna 4 Bahan Sahaja, Penambah Nikmat Buah Durian
Next Article Gadis Sarawak Bersuara Serak Basah Rangkul Peserta Terbaik Minggu Pertama Bintang RTM

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?