• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Resepi Sagon Kelapa Guna 4 Bahan Sahaja, Penambah Nikmat Buah Durian

Oleh
Ismail NA
15 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Sedapnya durian bila dimakan bersama sagon kelapa

Ini Resepi Sagon Kelapa Guna 4 Bahan Sahaja, Penambah Nikmat Buah Durian. Sagon atau turut dikenali dengan nama sagun kelapa di Semenanjung merupakan sejenis hidangan sampingan atau jajan yang popular pada suatu ketika dahulu. Di Sarawak, sagon ini kebiasaannya dimakan bersama buah durian. Kalau dah cicah dengan durian, sebiji dua durian memang tak cukup dibuatnya!

Durian yang asalnya hanya manis dan lunak bertambah nikmat dan berlemak apabila dicicah bersama sagon kelapa ini. Mana tidaknya, rasa sagon kelapa yang sedikit masin, ditambah pula dengan lemak rasa kelapa parut membuatkan pengalaman anda memakan durian tidak akan sama lagi seperti sebelum ini.

Ini Resepi Sagon Kelapa Guna 4 Bahan Sahaja, Penambah Nikmat Buah Durian
Sumber foto : Facebook

Sagun kelapa ini juga pernah dijadikan makanan jajan nostalgia kanak-kanak pada zaman dahulu. Kebiasaannya, ia akan dibungkus dalam satu straw atau bekas plastik ‘aiskrim Malaysia’ dan dimakan serbuk sagunnya begitu sahaja. Jangan banyak cakap bila makan sagun ini. Kalau tersedak, memang habis tersembur pada orang sekeliling!

Ini Resepi Sagon Kelapa Guna 4 Bahan Sahaja, Penambah Nikmat Buah Durian
Kredit foto : Shopee
Ini Resepi Sagon Kelapa Guna 4 Bahan Sahaja, Penambah Nikmat Buah Durian
Kredit foto : Shopee

Sebenarnya, ada banyak versi resepi pembuatan sagon yang boleh anda buat sendiri. Ada yang menggunakan tepung sagu, ada juga yang menggunakan putih telur, dan tepung gandum. Tetapi, resepi sagon yang akan kami kongsikan kepada anda hari ini adalah yang paling ringkas kerana ia hanya menggunakan 4 bahan sahaja tetapi rasanya sangat enak dan lazat!

Jangan risau, mesti jadi punya!

Jom kita lihat cara membuat sagon kelapa yang sangat mudah menggunakan hanya 4 bahan sahaja.

Bahan-bahan

  • 1 biji kelapa parut
  • 250 g tepung beras
  • 3 sudu gula pasir
  • Sedikit garam

Cara membuat

  1. Di dalam kuali, sangai kelapa parut tanpa menggunakan minyak sehingga ia separuh kering.
  2. Kemudian, masukkan tepung beras dan teruskan sangai sehingga ringan dan betul-betul kering.
  3. Masukkan secubit garam dan 3 sudu gula pasir. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Angkat, sejukkan dan simpan ke dalam bekas. Selesai!

Mudah betul rupanya buat sagon kelapa ini. Lepas ini, tak perlulah anda susah-susah untuk cari sagon kelapa di kedai runcit kampung atau kedai yang menjual jajan tradisional. Guna 4 bahan ini sahaja, anda sudah boleh menghasilkan satu bekas besar sagon kelapa untuk dijadikan pelengkap hidangan durian anda!

Kalau nak beli kat Shopee pun boleh juga! Anda boleh menekan pautan berikut untuk membeli sagon kelapa :

Sagon Tepung Lemantak Sarawak
Sagon Tumpik Sarawak
Sagon Legend Sarawak

Selamat mencuba!

Cuba juga resepi lain yang pernah kami kongsikan di sini :

Sajian Khas ‘Orang Lama’, Ini Resipi Kuih Bingka Biji Kelapa Sawit Yang Unik Dan Sedap
Bila Musim Durian, Elok Sangat Buat Resipi Sambal Bilis Tempoyak Ni
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Tergamam, Bakal Isteri Minta Tanggung Tiket Penerbangan Rombongan Keluarga Dari Sarawak
Next Article Berang Pasar Raya Terkenal Tak Bagi Plastik, Netizen Sekolahkan Individu Ini Berang Pasar Raya Terkenal Tak Bagi Plastik, Netizen Sekolahkan Individu Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?