• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pukul Kakak Gara-Gara Berebut Harta Pusaka, Lelaki Dipenjara Sehari Di Sibu

Oleh
Aina Musa
7 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Pukul Kakak Gara-Gara Berebut Harta Pusaka, Lelaki Dipenjara Sehari Di Sibu

Suspek bakal dipenjara sehari dan didenda RM3000

Pukul Kakak Gara-Gara Berebut Harta Pusaka, Lelaki Dipenjara Sehari Di Sibu. Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Sibu hari ini setelah mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan kakaknya akibat perebutan tanah pusaka.

Jika gagal membayar denda tersebut, Ngu Ming Wei, 52, yang mengaku bersalah di hadapan Majistret Oon Kork Chern, akan menjalani hukuman penjara selama sebulan.

Pukul Kakak Gara-Gara Berebut Harta Pusaka, Lelaki Dipenjara Sehari Di Sibu. Sumber: Utusan Borneo

Ngu didakwa dengan sengaja mencederakan kakaknya dengan menumbuk perut dan menendang belakang mangsa di sebuah rumah di Tanjung Ensurai pada 4 April 2024, kira-kira jam 10.50 pagi.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang juga kakak tertuduh telah pergi ke rumah ayah mereka di Tanjung Ensurai untuk menghantar makanan.

Namun, tertuduh bertindak menyerang mangsa dengan memukulnya menggunakan tangan.

Tertuduh bertindak demikian kerana tidak puas hati dan cemburu terhadap mangsa kerana merasakan ayahnya berlaku tidak adil kepadanya.

Akibat perbuatan tertuduh, mangsa mengalami kesakitan di bahagian belakang badan dan perut.

Berikutan laporan polis yang dibuat oleh pengadu, pihak berkuasa telah menahan tertuduh di sebuah rumah di Jalan Poh Yew pada 4 April 2024, kira-kira jam 9.40 malam.

Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada masalah keluarga berkaitan pembahagian tanah pusaka.

Kejadian itu turut disaksikan oleh ayah dan suami pengadu.

Baca lagi artikel menarik:

Dua Lelaki Berjaya Diberkas Gara-Gara Curi Kenderaan Di Bintawa
Duduk Atas Paha Gadis 14 Tahun, Pemandu Bas Sekolah Dipenjara 15 Tahun Di Sabah

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dua Lelaki Berjaya Diberkas Gara-Gara Curi Kenderaan Di Bintawa Dua Lelaki Berjaya Diberkas Gara-Gara Curi Kenderaan Di Bintawa
Next Article Tindakan Berani Jejaka Sabah Menegur Lelaki Di Dalam Bas Raih Pujian Netizen Tindakan Berani Jejaka Sabah Menegur Lelaki Di Dalam Bas Raih Pujian Netizen

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?