• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah

Oleh
Husna Hazmi
21 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

Restoran ini menawarkan pengalaman yang unik bagi para pelanggannya, siap boleh naik bot tengok kelip-kelip

Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah. Sabah, sebuah negeri Malaysia yang terletak di pulau Borneo, merupakan destinasi yang menarik bagi peminat makanan laut yang mencari pengembaraan gastronomi. Diberkati dengan ekosistem marin yang kaya, Sabah menawarkan pelbagai makanan dari laut. Dari pasar yang sibuk hingga restoran tepi laut, budaya makanan laut di Sabah adalah sebahagian yang penting dalam identiti tempatan.

Kepelbagaian hidupan marin di Sabah menjadikan negeri ini amat terkenal di kalangan pencinta makanan laut. Singgah saja ke negeri bawah bayu ini, pasti ianya akan menjadi satu kewajiban untuk mencuba makanan laut di sini.

Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah
Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah. Kredit gambar: @djesseltonsabah 

Tour tengok kelip-kelip percuma setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad

Pelbagai jenis pilihan termasuklah pelbagai jenis ikan, sotong, ketam, spesies bercengkerang dan juga lobster boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan. Kali ini, kami ingin mengesyorkan satu tempat di Sabah di mana anda boleh makan makanan laut yang pelbagai sambil menikmati suasana yang santai.

Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah
Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah. Kredit gambar: @djesseltonsabah 

Bagi penggemar makanan laut, Beringgis Riverside Seafood Restaurant yang bertempat di Kinarut, Papar Sabah, menawarkan pengalaman yang indah sambil anda menjamu selera. Bukan sahaja anda boleh menikmati makanan laut yang eksklusif, malah anda juga boleh menikmati pemandangan yang cantik serta anda juga berpeluang untuk menaiki bot untuk melihat kelip-kelip.

Pengunjung yang tiba pada Jumaat, Sabtu dan Ahad berpeluang untuk menaiki bot dan menyertai tour percuma melihat kelip-kelip di Sungai Beringis pada jam 7 petang. Dahlah makan sedap, naik bot pun free of charge.

Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah
Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah. Kredit gambar: @djesseltonsabah 

Lokasi restoran ini adalah di Beringis Papar, 1, Jalan Baru Kampung Beringis, 89500 Kota Kinabalu, Sabah. Selepas menikmati makanan laut yang sedap anda berpeluang untuk menaiki bot sambil melihat kelip-kelip.

Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah
Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah. Kredit gambar: @djesseltonsabah 

Tunggu apa lagi, boleh lah bawa orang yang tersayang makan di sini! Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Beringis Riverside Seafood Restaurant di talian berikut.

Maklumat penting

Lokasi: Beringgis Papar, 1, Jalan Baru, Kg. Beringgis, 89500 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu operasi: 10am-10pm

Hubungi mereka: 011-1416 3788 / +60 88-758 988

Dari pasar hingga restoran tepi pantai yang tenang, setiap tempat yang kita lawati mempamerkan kesegaran dan kepelbagaian unggul hasil laut Sabah. Sama ada dari aroma ikan panggang, kelembutan udang galah, atau sentuhan unik tempatan yang diberikan kepada hidangan tradisional, suasana makanan laut Sabah adalah bukti kepada citarasa yang hidup di tempat di mana tanah bertemu laut. Bagi mereka yang mencari masakan yang autentik, keindahan makanan laut Sabah menjanjikan rasa yang terbaik.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan tempat makan menarik di Sabah:

Tempat Makan Western Yang Sedap Di Kota Kinabalu Sabah
Ini Tempat Makanan Western Di Sandakan Sabah Untuk Anda Kunjungi
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan
Next Article Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?