• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan

Oleh
Aina Musa
21 Disember 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan

Musim perayaan sudah tiba, siapa dah dye rambut?

Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan. Bagi mereka yang suka dye rambut semasa musim cuti/perayaan, atau hanya ingin dye rambut mereka sekadar untuk mencuba hairstyle baru, kemungkinan anda sudah biasa dengan warna rambut anda akan pudar setelah beberapa minggu.

Hmm… bayangkan menghabiskan banyak perbelanjaan untuk dye rambut tetapi hanya untuk warna tersebut pudar dalam beberapa minggu – anda pasti akan rasa rugi lah juga. Sekiranya anda baru-baru ini telah dye rambut anda, berikut adalah 4 cara mudah yang dapat membantu anda mengekalkan warna itu lebih lama!

Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan
Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama Musim Perayaan

Jangan cuci rambut setiap hari

Kunci untuk warna rambut yang terang adalah maintenance rambut. Tapi sekiranya anda mencuci rambut anda setiap hari, warna di rambut anda akan pudar dengan laju! Penggunaan syampu setiap hari akan mempengaruhi warna rambut anda.

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama

Penggunaan syampu yang kerap bukan sahaja akan menghilangkan warna rambut anda, tetapi ia juga menghilangkan minyak semula jadi yang membantu menjaga kesihatan rambut. Minyak semula jadi inilah yang membantu rambut anda mengekal warna tersebut dengan lebih baik.

Jika anda nak mencuci rambut, anda hanya perlu mencuci rambut anda hanya beberapa kali seminggu sahaja.

Guna produk khas untuk menjaga warna di rambut

Kebanyakan jenama kini menawarkan produk rambut yang bertujuan melindungi warna rambut anda. Sekiranya rambut anda berwarna, lebih baik lagi anda invest membeli produk rambut yang khas untuk menjaga warna di rambut.

Hal ini kerana setiap syampu mempunyai peranan yang berbeza – contohnya, syampu yang khas untuk menangani kelemumur mungkin sedikit lebih ‘kasar’ dan boleh mempengaruhi warna rambut.

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Jenis syampu memainkan peranan untuk mengekalkan warna rambut. Kredit: The Singapore Women’s Weekly

Anda rasa syampu istimewa ini susah dicari? Jangan risau, anda boleh menjumpai banyak jenis syampu yang khas untuk menjaga warna rambut di kedai seperti Watsons atau Guardian!

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Syampu jenis melindungi warna di rambut boleh didapati di kedai seperti Guardian atau Watson! Kredit: Twitter

Berikut adalah 5 syampu yang boleh membantu melindungi warna di rambut anda, malah meningkatkan kilauan warna rambut anda!

  1. Herbal Essences Bio Renew Shampoo
  2. Tresemme Keratin Smooth Color Shampoo with Moroccan Oil
  3. L’Oreal Paris Elvive Colour Protect Shampoo
  4. Pantene Color Shampoo
  5. Aveda Color Conserve Shampoo

Cuci rambut dengan air sejuk

Tahukah anda suhu air boleh mempengaruhi warna rambut anda? Hal ini kerana suhu sejuk boleh menutup cuticle rambut dan menjadikan rambut anda berkilau. Setelah mengguna syampu kemudian conditioner, cuci rambut anda dengan air sejuk dan bukan air panas!

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Ia lebih bagus lagi anda mencuci rambut anda dengan air sejuk berbanding dengan air panas.

Cuba guna dry shampoo

Bagi mereka yang tak pernah mencuba syampu kering atau dry shampoo, syampu ini adalah sejenis syampu yang mengurangkan minyak pada rambut tanpa memerlukan air. Ia dalam bentuk serbuk dan biasanya dikeluarkan dari tin aerosol.

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Syampu kering diguna seperti spray rambut. Kredit: The House of Wellness

Ketepikan hal rambut berwarna sebentar; syampu jenis ini memang lifesaver kerana kemampuannya untuk digunakan tanpa air! Jadi, jika anda terpaksa rushing untuk pergi ke suatu tempat dan anda perlu menyingkirkan sedikit minyak pada rambut anda, syampu kering adalah jawapannya.

Berbalik ke topik rambut berwarna, by now anda tahu anda perlu elak mencuci rambut anda setiap hari. Sekiranya anda jenis tak dapat tahan rambut berminyak sedikit walaupun baru sehari selepas cuci rambut, lebih baik lagi anda menggunakan syampu kering agar anda boleh mencuci rambut anda tanpa risau dengan kehilangan warna rambut anda!

Musim Perayaan Tiba, Ini Cara Anda Untuk Kekalkan Warna Rambut Lebih Lama
Kredit: popsugar uk

Nak dye rambut bukan perkara yang murah mudah

Tak dinafikan proses dye rambut bukan perkara yang murah, lagi-lagi kalau ia dibuat di salon. Jadi, pastikan perbelanjaan yang dibelanjakan berbaloi dengan memastikan warna rambut anda kekal untuk jangka masa yang panjang sehingga sesi dye rambut anda yang seterusnya!

Adakah anda mewarna rambut anda baru-baru ini sempena musim perayaan/cuti? Adakah anda mewarna DIY (di rumah) atau di salon? Komen jenama dye pilihan anda atau cadangan salon terbaik anda di ruang komen di bawah!

Lagi di sini:

Ini 5 Petua Melembutkan Daging Berdasarkan Tips ‘Orang Lama’
https://www.iloveborneo.my/rahsia-bakar-kek-naik-dengan-cantik-ini-tips-untuk-beginner/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sudah Diserbu KPDN Sabah, Ini Pula Penjelasan Pemilik Sotong Manis RM50 Sudah Diserbu KPDN Sabah, Ini Pula Penjelasan Pemilik Sotong Manis RM50
Next Article Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?