• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri

Oleh
Nazihah AN
22 Disember 2023
Kongsi
4 Min Bacaan
Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri

Kereta kecil boleh masuk, tapi tidak digalakkan!

Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri. Jika anda seorang peminat alam semula jadi dan memandu offroad, maka destinasi ini adalah tempat untuk anda!

Kerana keadaan jalan, ia adalah sangat dinasihatkan untuk menggunakan kenderaan jenis 4×4 – jadi pemandu offroad boleh menyahut cabaran! Walaupun perjalanan yang sukar sedikit, anda akan diberi ganjaran dengan pemandangan indah air terjun dan alam semula jadi di Giam Bidai Ulu Niah.

Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri
Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri.
Kredit gambar: FB Sharifah Masni Wan Mohamad

Pastikan anda mendapatkan surat kebenaran sebelum memasuki Giam Bidai Ulu Niah Miri

Perjalanan ke Giam Bidai dianggarkan mengambil masa sekitar 2 jam lebih kalau guna jalan pantai dari Miri, manakala pekan yang terdekat terletak satu jam dari tempat ini. Dengan pertimbangan ini, sebaiknya datang bersiap sedia dan bawa seberapa banyak bekalan yang diperlukan seperti makanan, air dan barang keperluan lain.

Untuk pergi ke sini, anda perlu memandu ke Simpang Ulu Niah, yang akan mengambil kira-kira satu jam sebelum anda tiba ke destinasi. Sebaik sahaja anda tiba ke pondok keselamatan, anda akan dikehendaki untuk menulis nama anda.

Your main adventure akan bermula dari sini! Memandangkan jalan tersebut dianggap sebagai jalan balak, kenderaan jenis 4×4 merupakan pengangkutan terbaik untuk ke sini. Kereta yang lebih kecil telah dilihat memandu ke Giam Bidai juga tetapi penumpang dan pemandu perlu berjalan kaki ke lokasi sebaik sahaja mereka hendak sampai ke Giam Bidai. Kereta 4×4 pula boleh letak kereta terus di tepi tebing Giam Bidai.

Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri
Ia lebih baik untuk menggunakan kenderaan 4×4 untuk pergi ke sini. Lihatlah betapa berlumpurnya tayar kereta-kereta ini! Kredit foto: Flo Rence via Facebook

Pelbagai aktiviti santai yang menarik boleh dibuat di sini!

Selain menikmati alam semula jadi (yang boleh dijadikan prop untuk sesi bergambar), anda juga boleh berkhemah di sini!

Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri
Anda boleh berkhemah di sini juga. Kredit foto: Davis Innue via Facebook

Jika anda berminat untuk BBQ / berkelah di sini sambil menikmati pemandangan, ia lebih baik anda datang ke sini lebih awal kerana tempat ini pun dianggap popular dan sering dikunjungi oleh pelawat.

Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri
BBQ sambil menikmati pemandangan indah alam semula jadi, memang layan gila! Kredit foto: Walton Kojeks via Facebook

Semasa berada di sana, anda juga boleh melakukan aktiviti air di sungai Giam Bidai! Sungai itu mengalir deras, sesuai untuk dijadikan water slide semula jadi! Macam Sunway Lagoon pula!

Jangan lupa bawa pelampung sendiri, ok?

Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri
Air yang mengalir deras boleh dijadikan water slide semula jadi! Kredit foto: Sharifah Masni Wan Mohamad via Facebook
Penggemar Offroad Boleh Cuba Ke Sini, Giam Bidai Ulu Niah Tarikan Di Miri
Kredit foto: Sharifah Masni Wan Mohamad via Facebook
Lokasi
Video

Miri, Sarawak

Seperti biasa, jika anda pergi ke sini pastikan anda memastikan tempat bersih dan apa-apa sampah yang anda miliki, bawa pulang bersama anda untuk dibuang di dalam tong sampah terdekat.

Pernahkah anda kunjungi Giam Bidai Ulu Niah? Komen pengalaman anda di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Mana lagi tempat menarik? Haa boleh baca di bawah:

Permata Pugu Camping Site, Port Berkhemah Yang Selesa Di Tepi Pantai Pugu
Ini 6 Tempat Menarik Sekitar Kuching Serian Yang Boleh Anda Lawati Semasa Cuti Sekolah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Beringgis Riverside Seafood Restaurant Yang Wajib Anda Cuba Di Sabah
Next Article 83 Tulang Kaki, Tangan, Tengkorak Manusia Ditemui Di Dalam Longkang Di Sibu 83 Tulang Kaki, Tangan, Tengkorak Manusia Ditemui Di Dalam Longkang Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?