• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Berita Baik, Tambah Nilai Minimum Sarawak Pay Hanya RM10

Oleh
ILB - AI
14 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Berita baik untuk semua rakyat Sarawak, mudah untuk buat pembayaran parking dengan tambah nilai yang sedikit

Berita Baik, Tambah Nilai Minimum Sarawak Pay Hanya RM10. Maklumat baik ini menarik perhatian ramai apabila ada yang berkongsi posting mengenai aplikasi Sarawak Pay, di mana tambah nilai minimum hanya RM10, bermula semalam, Khamis.

Menerusi perkongsian di laman Facebook dari ‘group’ Sarawak Covid-19 Awareness Group (Public) itu, individu tersebut menyatakan berita baik untuk semua rakyat Sarawak, kerana difahamkan tambah nilai minimum Sarawak Pay sebelum ini ialah RM30.

Berita Baik, Tambah Nilai Minimum Sarawak Pay Hanya RM10
Kredit: Facebook

Ada yang bersetuju, ada juga memberi cadangan yang lebih baik

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju bersetuju dan berpuas hati dengan tambah nilai RM10 kerana tidak perlu menambah nilai RM30 seperti sebelum ini semata-mata untuk membayar ‘parking’ di pusat beli-belah, Kuching.

“Akhirnya, gara-gara nak bayar parking kena topup RM30, terutama sekali di pusat beli belas VivaCity,” ujar salah seorang pengguna Facebook kerana lega mendengar maklumat yang baik ini.

Berita Baik, Tambah Nilai Minimum Sarawak Pay Hanya RM10
Kredit: Google

Bukan itu sahaja, malah ada yang berkata, aplikasi Sarawak Pay biasanya bermasalah sehingga menyukarkan pembayaran lain seperti bil Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak yang tidak dikemas kini dalam aplikasi tersebut.

“Bil JBALB tak update dalam aplikasi dalam beberapa bulan, terpaksa bayar ikut manual dekat kaunter,” kata pengguna Facebook yang kecewa dengan aplikasi Sarawak Pay.

Untuk makluman, Sarawak Pay telah dijenamakan semula sebagai S Pay Global selari dengan pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Sarawak ketika majlis pelancaran kerjasama diantara Sarawak Pay dan juga UnionPay.

Kerjasama tersebut sebelum ini telah memberi fungsi tambahan kepada Sarawak Pay di mana ianya boleh digunakan di kesemua merchant UNIONPAY.

Baca juga kisah yang berkaitan:

Dijenamakan Semula, Sarawak Pay Akan Dikenali Sebagai S PAY GLOBAL
Aplikasi Sarawak Pay Hadapi Masalah Teknikal, Tidak Dapat Diakses Pagi Ini
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tergamak Seksa Dan Bakar Anjing, Polis Kini Tahan Remaja Lelaki Tergamak Seksa Dan Bakar Anjing, Polis Kini Tahan Remaja Lelaki
Next Article Semakin Berleluasa, Netizen Persoal Pertambahan Kedai Judi Di Kapit Semakin Berleluasa, Netizen Persoal Pertambahan Kedai Judi Di Kapit

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?