• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei

Oleh
Farisha
14 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Air Terjun ini menjadi tarikan bagi penduduk tempatan di sini

Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei. Air terjun yang terjaga dan terbuka untuk semua menjadi salah satu tarikan para penduduk setempat untuk menghabiskan masa hujung minggu di sini.

Air Terjun Wong Ruan yang terletak di Ulu Sarikei ini merupakan tempat yang harus menjadi pilihan untuk anda terutamanya untuk yang berapa di zon tengah Sarawak. Hanya mengambil masa lebih kurang dari beberapa jam dari pekan Sarikei, anda akan melihat mercu tanda yang berwarna-warni menandakan anda sudah sampai ke destinasi.

Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei
Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei. Sumber: Facebook

Ada track pejalan kaki sepanjang 1.0 kilometer.

Setelah tiba, anda akan mengambil masa untuk berjalan kaki dengan menggunakan track yang telah dibuat unntuk anda menuju ke air terjun Wong Ruan sepanjang 1.0 kilometer. Hal ini menarik kerana dalam masa yang sama anda dapat menikmati pemandangan dan aroma hutan yang masih terjaga.

Dengan kejernihan air terjun ini, anda pasti melupakan seketika hiruk pikuk dunia bandar. Bukan itu sahaja, tarikan jambatan gantung turut menjadikan destinasi air terjun Wong Ruan pilihan untuk menikmati suasana hujung minggu yang menarik.

Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei
Terokai Air Terjun Wong Ruan, Port Rekreasi Menarik Di Ulu Sarikei

Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung

Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung seperti tempat untuk berbarbeque. Ini sangat sesuai untuk kegunaan pengunjung yang ingin menghabiskan masa dengan keluarga atau kawan-kawan setelah kepenatan menempuh berjalan sepanjang 1.0 kilometer dan bermandi-manda.

Lagi di sini port air terjun menarik buat anda:

Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Digelar Niagara Falls Malaysia, Kenali Air Terjun Wong Pejik Lusong Laku Di Belaga
SUMBER :A Plain Explorer
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ketahui Fakta Mengenai Rafflesia, Bunga Kebanggaan Warga Borneo Ketahui Fakta Mengenai Rafflesia, Bunga Kebanggaan Warga Borneo
Next Article Pemilik Dobi Samarahan Tular, Murah Hati Beri Makanan Percuma Kepada Orang Ramai Pemilik Dobi Samarahan Tular, Murah Hati Beri Makanan Percuma Kepada Orang Ramai

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?