• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19

Oleh
ILB - AI
30 Julai 2021
Kongsi
7 Min Bacaan
Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19

Sudahkan anda terima dos sepenuhnya?

Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19. Jika anda sudah terima dos vaksin Covid-19 anda sepenuhnya, syabas! Anda kini telah membantu untuk mengekang penularan wabak Covid-19!

Isi Isi Penting
  • Sudahkan anda terima dos sepenuhnya?
  • Anda masih boleh dijangkiti virus Covid-19
  • Risiko untuk menjangkiti orang lain walaupun sudah dikvaksin dikurangkan
  • Setiap individu mengalami side effect berbeza
  • Anda tidak akan mendapat keputusan positif dalam ujian PCR jika anda telah diberi vaksin
  • Semua vaksin Covid-19 sedia ada yang diluluskan berkesan terhadap varian baru
  • Jangan degil, sentiasa amalkan SOP dan penggunaan pelitup muka WALAUPUN sudah divaksin

Walaupun kini orang ramai telah menerima vaksin mereka masing-masing, masih terdapat salah faham mengenai bagaimana vaksin berfungsi. Berikut adalah 6 perkara yang perlu anda ketahui mengenai bagaimana vaksin anda berfungsi.

Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19

Anda masih boleh dijangkiti virus Covid-19

Meskipun anda telah divaksin, kemungkinan untuk anda dijangkit oleh virus Covid-19 masih ada. Hal ini kerana fungsi vaksin bukan untuk melindungi anda sepenuhnya daripada virus, tetapi untuk mengehadkan gejala teruk yang mungkin akan dialami jika dijangkiti.

Sebagai contoh, orang yang tidak divaksin akan mengalami gejala teruk sehingga terpaksa dimasukan hospital berbanding dengan orang yang telah divaksin, di mana gejala yang paling teruk akan dialami adalah selesema sahaja.

Jadi, seseorang individu yang telah divaksin sepenuhnya hanya asimptomatik jika dijangkiti dan tidak berada dalam risiko untuk memerlukan bantuan ICU.

Juga turut diperhatikan bahawa ia bergantung pada beberapa faktor, termasuk usia anda, keadaan kesihatan, pendedahan semasa, dan peredaran varian virus di persekitaran.

Risiko untuk menjangkiti orang lain walaupun sudah dikvaksin dikurangkan

Walaupun ada kemungkinan, kemampuan untuk menjangkiti orang lain dengan virus Covid-19 walaupun diri sendiri sudah divaksin mungkin berlaku pada kadar yang lebih rendah.

Namun, golongan berisiko seperti warga emas dan mereka yang mengalami masalah kesihatan harus kekal berwaspada.

Warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan perlu sentiasa berwaspada. Kredit: Kirafah Media

Menurut Dr. Lyssette Cardona dari Jabatan Penyakit Berjangkit Martin Health A.S., beliau berkata,

“Orang tua, mereka yang mempunyai keadaan kesihatan imun atau kronik atau mereka yang mengalami gangguan kesihatan yang mendasari mungkin tidak mempunyai tindak balas perlindungan terbaik terhadap vaksin, seperti vaksin Covid-19. Kami masih mengumpulkan data dan melakukan penyelidikan berterusan mengenai tindak balas vaksin pada populasi yang berisiko ini.”

Ringkas kata, ‘vaksinasi sepenuhnya’ bermaksud bahawa anda telah menyelesaikan siri vaksin Covid-19 seperti yang disyorkan untuk perlindungan terbaik daripada komplikasi teruk seperti dimasukkan ke hospital dan / atau kematian.

Risiko untuk menjangkiti orang lain adalah rendah jika seseorang telah divaksin sepenuhnya. Kredit: Reuters

Tiada vaksin yang menawarkan perlindungan 100% terhadap penyakit, namun perlindungan seperti ini mampu memberi anda peluang yang lebih baik untuk melawan penularan virus Covid-19.

Setiap individu mengalami side effect berbeza

Sekiranya anda tidak mengalami sebarang kesan sampingan seperti rakan dan keluarga anda setelah mendapat vaksin, itu tidak bermakna vaksin tersebut tidak berfungsi pada anda. Reaksi setiap orang terhadap vaksin adalah berbeza dan itu normal.

Kesan sampingan adalah berbeza untuk setiap orang. Kredit: Tech ARP

Anda tidak akan mendapat keputusan positif dalam ujian PCR jika anda telah diberi vaksin

Sekiranya anda kontak rapat seseorang yang positif Covid-19, anda tidak akan diuji positif dalam saringan PCR jika anda telah diberi vaksin.

Of course, seperti yang dinyatakan di atas – vaksin tidak 100% melindungi anda dari virus Covid-19 – namun kemunculan ‘virus’ dalam tubuh anda menerusi vaksin tidak semestinya bermaksud anda ‘dijangkiti’ Covid-19.

Untuk menjelaskan lagi perkara ini, vaksin Pfizer-BioNtTech adalah vaksin messenger RNA (mRNA). Ini bermakna mRNA yang digunakan dirancang untuk menghasilkan protein tertentu – spike protein – serupa dengan yang terdapat pada sel virus Covid-19 sebenar sebelum ia berhenti berfungsi.

Infografik mengenai bagaimana vaksin mRNA berfungsi. Kredit: Bloomberg

Protein ini mencetuskan tindak balas imun dan mampu menghasilkan memori imunologi dalam badan anda tanpa risiko dijangkiti virus sebenar.

Contoh vaksin mRNA yang kini digunakan untuk membendung Covid-19 ialah Pfizer-BioNTech dan Moderna. Sementara itu, vaksin Astrazeneca dan Johnson & Johnson ialah vaksin jenis viral vector (menggunakan virus yang tidak berbahaya sebagai sistem penghantaran. Virus ini ‘mengajar’ badan anda bagaimana membuat protein yang akan mencetuskan tindak balas imun) dan vaksin Sinovac adalah vaksin jenis keseluruhan virus (gunakan patogen yang tidak aktif, oleh itu mereka tidak dapat menjangkiti sel dan meniru, tetapi boleh mencetuskan tindak balas imun).

Infograik mengenai bagaimana vaksin viral vector berfungsi. Kredit: Nature
Infografik bagaimana vaksin jenis keseluruhan virus berfungsi. Kredit: British Society for Immunology

Semua vaksin Covid-19 sedia ada yang diluluskan berkesan terhadap varian baru

Menurut sebuah kajian terbaru, semua vaksin yang diluluskan untuk digunakan di A.S. (di mana kebanyakannya digunakan di Malaysia) masih sangat berkesan terhadap varian, termasuk varian Delta baru. Sekiranya anda mendapat varian Delta semasa diberi vaksin, kemungkinan besar anda akan tidak akan mendapat gejala yang teruk, dimasukkan ke hospital atau maut.

Walau bagaimanapun, beberapa vaksin dilaporkan sedikit kurang berkesan terhadap varian Delta berbanding dengan virus SARS-CoV-2 yang asal jadi ia lebih baik untuk tetap berwaspada dan mengikuti SOP setiap kali berada di tempat umum.

Setakat ini, Pfizer dan BioNTech sedang melakukan analisis yang berterusan sama ada booster shot diperlukan. Syarikat vaksin lain juga melakukan analisis sendiri untuk menentukan sama ada booster shot diperlukan.

Analisis dan data kini sedang diambil untuk mengenal pasti sama ada vaksin-vaksin sedia ada memerlukan booster shot untuk meningkatkan keberkesanan terhadap varian Delta.

Jangan degil, sentiasa amalkan SOP dan penggunaan pelitup muka WALAUPUN sudah divaksin

Seperti dinyatakan di atas, tiada vaksin yang dapat memberikan perlindungan 100% kepada anda.

Fungsi vaksin adalah untuk memastikan anda mengalami sedikit kesan sampingan terhadap virus. Seperti bagaimana seseorang mendapat suntikan selesema dan masih demam tetapi dengan kesan sampingan yang lebih ringan, menerima vaksin hanya SEPARUH daripada usaha.

Oleh itu, anda masih perlu mematuhi SOP dan memakai pelitup muka anda apabila berada di tempat awam untuk mengurangkan jangkitan.

Sentiasa kekalkan SOP dan penjarakan sosial walaupun anda sudah divaksin sepenuhnya. Kredit: The Straits Times

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berjaya Bolot 3 Pingat Emas Buat Malaysia, Kenali Ratu Pecut Paralimpik Negara Asal Sabah Felicia Mikat
Next Article Darurat Di Sarawak Dijangka Dilanjutkan Sehingga 2 Februari 2022

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?