• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Berkenan’ Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak

Oleh
Aina Musa
6 April 2023
Kongsi
1 Min Bacaan
'Berkenan' Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak

Terbaik Raja Permaisuri Agong!

‘Berkenan’ Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat gerai artisan rakan kongsi Sarawak Energy semasa Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2023.

Pameran itu diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain melawat gerai artisan rakan kongsi Sarawak Energy, Tunku Azizah turut berkenan membeli beberapa kraf tangan yang dihasilkan oleh mereka.

'Berkenan' Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak
‘Berkenan’ Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak. Kredit: Facebook

Pameran HKK 2023 kali ini menampilkan tema ‘Ini Kraf Malaysia’ bertujuan mempromosikan produk buatan tempatan dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kraf tangan tempatan.

'Berkenan' Tikar Anyaman, Raja Permaisuri Agong Teruja Tambah Koleksi Kraf Tangan Sarawak

Sarawak Energy dilantik menjadi tuan rumah kepada enam artisan rakan kongsinya, terdiri daripada komuniti tempatan Murum, Bakun dan Baleh di bawah Program Pemantapan Kraf Tangan untuk mempamerkan kraf tangan mereka.

Pameran itu memberi mereka peluang untuk mendapatkan pendedahan dan pengetahuan mengenai pelbagai jenis kraf, selain mewujudkan rangkaian di peringkat nasional dan antarabangsa.

Acara yang berlangsung selama 12 hari itu juga telah membuahkan hasil bagi artisan tempatan dengan anggaran jumlah RM49,000 diperoleh melalui jualan mereka.

Baca lagi artikel menarik:

Raja Permaisuri Agong: Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London
Untuk Pameran Umum, Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Usia 35 Tahun Buat Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Muslim Di China Diharamkan Berpuasa, Akan Ditangkap
Next Article Ada Kuih-Muih Dan 'Sale' Baju Raya Murah, Anda Harus Ke Mini Bazaar Rumah Jualan Di Sarikei Ada Kuih-Muih Dan ‘Sale’ Baju Raya Murah, Anda Harus Ke Mini Bazaar Rumah Jualan Di Sarikei

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?