• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Raja Permaisuri Agong: Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London

Oleh
Aina Musa
29 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Raja Permaisuri Agong Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London

Bukan setakat Keringkam, banyak lagi kraf tangan dari Sarawak bakal dipamerkan!

Raja Permaisuri Agong: Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London. Pada Minggu Kraf London (LCW) yang akan berlangsung dari 6 hingga 14 Mei ini, sebanyak 14 produk kraf warisan tempatan yang dihasilkan oleh pelbagai etnik akan dipamerkan. Pameran ini akan dipimpin oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut baginda, dua produk dari Terengganu, iaitu Telepuk Terengganu dan Songket Terengganu, satu dari Pahang (Anyaman Pandakan oleh kaum Semelai), dan dua dari Sabah iaitu Anyaman Tikar Sabah dan Anyaman Lingkong atau Ribu-Ribu akan dipamerkan.

Raja Permaisuri Agong: Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London
Raja Permaisuri Agong: Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London. Kredit: Google

7 usahawan akan diterbangkan dari Sarawak ke London

Selain itu, beberapa hasil kraf Sarawak juga akan diketengahkan, termasuk Anyaman Bergerang, Ikat Iban Sarawak, Anyaman Penan, dan Keringkam Sarawak, di samping Anyaman Pandan Mah Meri dan Patung Moyang Mah Meri dari Selangor.

Baginda menambahkan bahawa selain daripada mempamerkan hasil kraf, tujuh usahawan kraf juga akan dihantar ke pameran bertajuk ‘Malaysia’s Heritage Crafts’ itu untuk memberikan demonstrasi tentang pembuatan kraf tertentu.

Raja Permaisuri Agong: Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London

Mereka termasuk Shirley Vilin, Helena David, dan Samri Abdul Rahman yang masing-masing akan mempersembahkan seni pembuatan Ikat Iban Sarawak, Sulam Manik, dan Ancestral Carving.

Terbaiklah!

Baginda berkata bahawa pameran kali ini akan menarik kira-kira 5,000 orang kerana mereka akan mengetengahkan bengkel-bengkel interaktif tentang pembuatan kraf Bunga Moyang, Bakul Sarawak, manik, dan sebagainya.

Baginda juga berharap pameran ini dapat menceritakan kisah kehidupan setiap etnik di Malaysia melalui bahasa kraf dan membuka peluang pasaran kepada pengusaha kraf untuk berkolaborasi dengan pereka antarabangsa, gedung-gedung ternama, dan galeri.

Raja Permaisuri Agong: Keringkam Sarawak Terpilih Untuk Dipamer Ke Minggu Kraf Di London

Pada tahun lepas, promosi tekstil warisan Tenun Pahang Diraja telah berjaya menarik 3,000 pengunjung, termasuk pereka fesyen, dan sekarang mereka memutuskan untuk menampilkan produk kraf warisan tempatan kerana kebanyakan produk tersebut dihasilkan oleh generasi lama dan akan mati jika tidak dihidupkan semula.

Baca lagi artikel menarik:

YDP Agong ‘Mengidam’ Mahu Memandu Di Lebuh Raya Pan Borneo Santuni Rakyat Sabah Sarawak
Untuk Pameran Umum, Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Usia 35 Tahun Buat Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kini Diburu Pihak Polis, Pekerja Warga Indonesia Pukul Warga Emas Di Kedai Kopi Kuching Kini Diburu Pihak Polis, Pekerja Warga Indonesia Pukul Warga Emas Di Kedai Kopi Kuching
Next Article Netizen Geli Hati Dengan Wang Palsu Ini Tapi Celah Mana Yang Palsu?

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?