• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Untuk Pameran Umum, Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Usia 35 Tahun Buat Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
6 Disember 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Keringkam Sarawak tersebut adalah hadiah hantaran kahwin Permaisuri Agong.

Untuk Pameran Umum, Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Usia 35 Tahun Buat Sarawak. Dilaporkan, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah telah berkenan untuk menghadiahkan Keringkam Sarawak milik baginda kepada pihak Muzium Sarawak untuk dipamerkan kepada umum.

Titah Tunku Azizah, keringkam yang dihadiahkan itu merupakan hantaran perkahwinannya dan mempunyai nilai seni yang tinggi serta berusia 35 tahun. Keringkam tersebut perlu dihargai oleh generasi baharu agar ia tidak dilupakan bagi memartabatkan keindahan seni tenunan kain.

Untuk Pameran Umum, Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Usia 35 Tahun Buat Sarawak
Untuk Pameran Umum, Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Usia 35 Tahun Buat Sarawak. Kredit gambar: BERNAMA

Ini adalah hadiah perkahwinan dalam satu daripada 16 dulang yang saya dapat ketika berkahwin dengan suami saya (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

“Memandangkan ia Keringkam Sarawak, hari ini saya mahu menyerahkan kepada kerajaan Sarawak untuk dipamerkan di muzium,” titah baginda pada majlis perasmian Lembaran Emas Siri 2:Simposium Tekstil Borneo, hari ini.

Baginda yang juga merupakan Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ), menyeru agar tukang tenun yang mahir tidak lokek berkongsi ilmu serta menurunkan kemahiran yang ada kepada generasi baharu.

Tunku Azizah bertitah, jumlah penenun berkemahiran semakin kurang di kalangan masyarakat dan mereka yang sudah tidak bergiat lagi dalam bidang itu perlu digalakkan untuk kembali aktif bagi membolehkan generasi baharu untuk belajar daripada mereka.

Untuk Pameran Umum, Raja Permaisuri Agong Hadiahkan Keringkam Usia 35 Tahun Buat Sarawak
Kredit gambar: BERNAMA

Industri tekstil semakin berkembang pesat

Titah Tunku Azizah lagi, industri tekstil ini semakin berkembang pesat serta mampu meningkatkan nilai eksport dan import. Oleh itu, peluang perlu diambil untuk mempromosikan tekstil komuniti di negara ke persada dunia.

Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo ini dianjurkan dengan tujuan memupuk hubungan antara masyarakat dan pemain industri tekstil, selain menjadi platform pertukaran idea ke arah pemeliharaan dan kemampuan tekstil di seluruh dunia.

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tular Gambar 4 Ekor Kambing Merayau Di Bandaraya Miri, Undang Hiburan Untuk Netizen
Next Article Kesihatan Mental Itu Penting, Periksa Tahap Stress Dan Depresi Anda Melalui Atas Talian Kesihatan Mental Itu Penting, Periksa Tahap Stress Dan Depresi Anda Melalui Atas Talian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?